hidup_revolusi

Hidup Revolusi! (Bahg. 8) : Akhir, Sir! Bukan Awal!

Nasir mula bertatih di jalan dakwah dengan dipimpin oleh Zikri, naqib usrahnya. Naqib yang cukup hebat, pada pandangan Nasir. Dan juga sangat cekal. Mana tidaknya, walau anak usrah Cuma 2 orang, usrah tetap diadakan setiap minggu, hanya tiada jika ada sebarang hal yang tak mampu dielak. Itupun dipastikan agar berganti. Tak mungkin Nasir dapat melupakan naqibnya ini. Masih terngiang di benak Nasir nasihat dari Zikri…

“Sir, kerja dakwah ini berat amanahnya. Bukan sembarangan orang yang terpilih untuk memikulnya. Bahkan yang sudah dipilih pun masih boleh tercabut jemputannya. Istiqamah kita pada jalan ini bukan bergantung pada hebatnya pidato kita, bukan bergantung pada tajamnya fikiran kita, bukan juga pada hebatnya idea kita. Namun yang menjadi rantai mengikat kita pada rantaian dakwah ini adalah keikhlasan hati kita. Kenapa kita memilih jalan dakwah ini? Itu kita perlu muhasabah.”

“Kerana orang kah? Maka pabila orang itu keluar, kita juga ikut sama? Kerana kepentingan peribadi kah? Maka pabila tercapainya atau mustahil untuk dicapainya maka kita meninggalkan jalan suci ini? Atau adakah mudah-mudahan kerana akidah? Maka selagi jasad dihuni dengan cahaya akidah selagi itulah kita akan teguh menempuh jalan dakwah ini. Jalan ini penuh duri, Sir. Jangan diharap hamparan sutera lembut di perjalanan. Usah dimimpi wangian harum kasturi di kiri kanan. Yang ada hanyalah duri, kerikil, selumbar bisa yang menembus kaki siapa saja yg menginjaknya. Jalan ini penuh hanyir darah, darah yang akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak.”

“Tapi usah lah segala ini menggugat keteguhan cita-cita dakwah kita. Biar jalan ini berlumpur, biar jalan ini berdarah, biar jalan ini beronak duri, kita akan tetap melaluinya. Kerana jalan ini, hanya jalan inilah yang akan menjadi anak tangga kita menuju ghoyatuna… Kita ini umpama pemungut sampah. Sampah yg kita pungut itu ada yang kotor, ada yang berair. Namun itu semua kita ketepi, demi untk memastikan kerja kita sebagai pemungut sampah terlaksana.”

“Ingat Sir, kalau kita berhajat untuk bertemu al-Khalik dengan penuh kemuliaan, tak cukup kita berharap semata pada amalan solat, puasa kita. Dengan dakwah kita inilah, kita menuai benih-benih yang akan kita tuai di sana nanti. Jangan kita berbangga dapat berada di atas jalan dakwah. Kita perlu ingat, mereka yang lebih terdahulu, mereka berdakwah dengan kesungguhan yang tak mampu kita tandingi. Namun di mana mereka sekarang? Tak ada siapapun yang bisa memberi jaminan bahawa ia akan terus berada di jalanan dakwah. Tiada Sir, tiada… Kita semua berada di jalan ini atas jemputn dari al-Malek… Dia yang memberi hidayah, dan dia juga yg mencabut hidayah. Usah kita berbangga dengan asalan kita.”

“Bal’am ibn Baura, siapa dia? Ulamak besar wali Allah. Doanya dimakbul. Hatta tatkala dia berdoa agar Musa disesatkan di padang pasir sekalipun, Allah makbul! Tapi bagaimana akhiran Bal’am? Umpama anjing! Dan Fudhail bin Iyadh, siapa dia asalannya? Kaki zina! Namun akhirannya seorang ulamak besar hingga buah tuturnya menggugur air mata Amirul Mukminin! Akhir Sir, akhir! Bukan awal! Usah kita berhabis masa berfikir apa untuk disumbang pada jalan dakwah ini di masa hadapan. Sebaliknya habiskan dengan berfikir apa kita mampu sumbangkan sekarang. Usah dijamin apa yg tidak kita tahu. Buat saja dahulu selagi kita berada dijalanan ini. Tentang akhiran kita, berserah saja pada Nya…”

bn_beli

UMNO Tidak Beli Undi?

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

Dari Malaysiakini:

With only less than 48 hours to polling, Prime Minister Najib Abdul Razak today spent his time handing out millions of ringgit to Hulu Selangor voters.

His first stop was Sungai Buaya, where he gave out long overdue cash payment of RM50,000 each to 100 of the 363 Felda settlers.

NONEThe payments were compensation promised by the BN government following a failed attempt to develop the Felda land into a northern hub.

In 1994, the Felda settlers had signed off their 10 acres of land each to a private developer at the behest of the then BN state government for RM121,000 an acre, which comes up to RM1.2 million. The total transaction involved 1,335 hectares of land.

The project was later abandoned partly due to the 1997
economic crisis, and the settlers were paid not more than RM250,000 cash in instalments.

‘Your misery ends today’

The premier, who joined the villagers for Friday prayers and later had lunch at a nearby school, vowed that BN will pour in more money to develop the area, including a RM85 million North-South Expressway interchange.

He said the construction of the elevated interchange is expected to boost property prices in the abandoned project area.

But there is catch – Najib said that the additional money will only come provided that Selangor falls back into BN’s hands in the next general election.

“We have agreed to pay RM160,000 an acre. The payment will be taken care of when the land is developed… (but) that is in your hands. Make sure that in the upcoming general election, Selangor returns to BN’s control,” said Najib.

While information is sketchy over today’s payout, it is understood that the federal government is bringing in a new developer to rescue the abandoned project and will now be offering RM160,000 per acre to the settlers.

The RM50,000 from the federal government is apparently a down payment.

“Today, we are giving RM1,000 cash and RM49,000 in bank drafts. I give my word that our promises will be fulfilled,” he said.

“Your misery and your long wait ends today.”

=========================================

Fikir lah sendiri!

gambar hiasan...

Mulia Sangatkah UMNO?

Penulis sebenarnya tidak berapa suka untuk menulis tentang politik di blog ini. Ini kerana sudah terlalu banyak blog politik di luar sana. Jadi untuk mengelak dari membuang tenaga membuat kerja yang sudah di”cover” oleh orang lain, maka penulis lebih menumpu pada mahasiswa, seni, dan lain lain. Namun kali ini, terpanggil juga penulis untuk menulis tentang isu politik. Isu UMNO.

Penulis mengikuti juga Pilihan Raya Kecil P.094 Hulu Selangor ini walau tidak seberapa kerapa. Cuma baca rangkuman berita sahaja. Tak tahu lah kenapa, tidak rasa ghairah untuk mengikuti PRK kali ini. Namun begitu, penulis tetap juga ambil tahu strategi kempen pihak yang ber”gomol”. Dan yang ingin penulis sentuh kali ini adalah strategi pembunuhan karaktor yang dilakukan oleh UMNO.

Penulis geli hati sebenarnya dengan strategi kempen UMNO kali ini. UMNO sedaya upaya ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah sebuah parti yang MULIA, SUCI, TIADA DOSA. Pelbagai cara mereka guna untuk hancurkan karakter calon Parti Keadilan Rakyat, Zaid Ibrahim. Mereka mengungkit kisah lama Zaid Ibrahim minum arak, berjudi, dan sebagainya. Namun, ingin penulis ingatkan UMNO, ingin penulis tanya kepada UMNO beberapa perkara;

1. Di mana UMNO ketika Almarhum Dr Ishak Baharom dipecat dari jawatan Mufti Selangor gara-gara menahan gadis Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik? Di mana UMNO? Bukankah Dr Ishak Baharom merupakan seorang Mufti? Yang mahir selok belok agama Islam? Kenapa UMNO tidak membela beliau? Di mana Islamnya UMNO?

2. Di mana UMNO ketika kilang arak dibuka di Shah Alam? Jika UMNO betul betul ikhlas bencikan arak, kenapa sampai hari ini, tiada demonstrasi, memorandum, kecaman terbuka dari UMNO menentang kilang arak ini? UMNO betul betulkah bencikan arak? Di mana kebencian UMNO kepada arak? Setakat waktu pilihan raya? Untuk berlagak alim?

3. Di mana UMNO ketika Masjid Bujal, Kemaman, Terengganu dirobohkan? Bukankah masjid itu rumah Allah? Tempat umat Islam beribadat? Kenapa UMNO tidak mempertahan masjid ini dari dirobohkan? Di mana Islamnya UMNO? Tidak mahu membela syiar Islam kah?

4. Di mana UMNO ketika pusat judi dibuka di Genting Highland? UMNO tidak tahukah yang judi itu haram? Kenapa sekarang riuh menyalak tentang Zaid Ibrahim punyai kuda judi tapi diam bisu tentang kasino milik Lim Goh Tong? Di mana kesungguhan UMNO menentang judi?

5. Di mana UMNO ketika Perdana Menteri Najib mahu “menghalalkan” judi kuda di Malaysia? Kenapa mesti ahli parlimen DAP yang menyuarakan bantahan? Ahli parlimen yang Kafir? Di mana ahli parlimen UMNO yang mengaku membela Islam? Di mana mereka? Atau mereka tidak tahu yang judi kuda itu haram?

6. UMNO juga kedengarannya cuba membangkitkan isu Zaid Ibrahim menyaman Hudud di Kelantan. Jika pembaca sekalian fikir sejenak, yang mahu mengambil tindakan jika PAS laksana Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu siapa? Bukan UMNO kah? Bukan UMNO kah yang menuduh PAS mereka-reka Hudud sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah, Ijmak serta Qias? Bukan UMNO kah?

Ini lah sikap sebenar UMNO dalam membela Islam. Mereka hanya pandai menyalak laksana anjing yang gila nak mengawan. Tapi setakat itu sahaja lah keberanian mereka. Mereka umpama golongan munafiq di zaman Rasulullah yang menunjukkan semangat nak membela Islam, namun dari tindakan mereka secara keseluruhan, dapat dibaca bahawa mereka sebenarnya menentang Islam!

Jika UMNO boleh berbicara tentang moral, maka PELACUR juga berhak untuk berbicara tentang HARAMnya ZINA.

MAMPUS UMNO!

wallahua’lam.

Cuti 3 Bulan…

Alhamdulillah.. Setelah selamat menjejak kaki ke bandar Kuala Terengganu, bermula lah cuti panjang penulis setelah hampir 4 bulan bergelar mahasiswa di UIAM. Semester yang agak memenatkan dan juga penuh ke”lagho”an. Esok (20 April) keputusan peperiksaan akhir akan dikeluarkan. Bagaimana agaknya ya?

Sekarang penulis masih merancang apa yang ingin dilakukan sepanjang cuti panjang ini. Minggu depan InsyaAllah akan ke Melaka bersama keluarga. Sudah lama penulis tidak merasa bersiar bersama keluarga di luar Terengganu. Ini kali pertama, mungkin selepas lebih dua tahun.

Mungkin masa cuti bakal dihabiskan dengan membaca buku-buku yang dibeli, dipinjam, sepanjang semester yang lepas. Agak banyak. Tak pasti samada mampu atau tidak menghabiskan semuanya.

Namun hajat penulis, biarlah sehabis cuti panjang ini, penulis mampu untuk membentuk pandangan alam Islam, mendapat ilmu yang asas bagi Fiqh Haraki, sirah nabawiyyah, dan lain-lain.

Namun dengan internet dan televisyen percuma, entah siapa tahu apa berlaku sepanjang cuti…

wallahua’lam…

hidup_revolusi

Hidup Revolusi! (Bahg. 7) : Nas Yang Tu Dah Mati!

“Sir, bangun Sir. Dah lewat ni. Kau tak nak pergi kelas ke?” suara Syukur memecah keheningan pagi. Mengejutkan Nasir dari tidur yang singkat.

“Kelas? Kelas apa pulak?”

“Kau dah lupa? Kan hari ni Dr. Hassan nak buat kelas ganti. Dah, pergi mandi cepat. Aku tunggu kau di kelas.”

“Ah.. malas lah aku nak pergi. Kau kirim salam je dekat Dr. Hassan tu.”

“La dia ni. Kau tak takut kena bar ke?”

“Aku baru ponteng 3 kali kelas orang tua tu…”

“Lantak kau lah.”

Syukur keluar meninggalkan bilik. Syukur adalah teman sebilik Nasir. Dialah antara yang terawal sedar perubahan pada diri Nasir. Mereka berdua memang rapat. Namun mereka agak kontra. Kalau Nasir gila beraktivisme, Syukur langsung tak peduli itu semua. Tapi itu bukanlah halangan kepada persahabatan mereka.

Nasir terus baring di katil. Terasa empuk sungguh katil buruk di pagi begini. Tiba-tiba Nasir teringat pada Nita. Dicapainya handphone, terus dipanggil Nita. Ingin dia mencuba nasib. Mana lah tahu terbuka hati Nita untuk memaafkannya. Lagipun tak kan Nita nak merajuk dengan dia lama-lama.

Lama juga masih belum bersahut. Nasir sudah putus asa pabila terdengar di hujung sana,

Hello?” akhirnya Nita jawab juga panggilan Nasir.

“Kenal saya lagi?” Nasir cuba bergurau.

“Tak kenal. Awak ni siapa?”

“Ala, saya Nasir, yang kacak tu..”

“Eleh, puji diri sendiri.”

“Hehe… Balas jugak ya Nita panggilan Nas… Ingat dah tak kan jawab lagi dah… Nita merajuk lagi dengan Nas?”

“Tak.. Nita dah penat merajuk.. Tak ada makna apa-apa kalau Nita merajuk sampai mati pun… Ni call pagi-pagi, tak ada kelas?”

“Ada. Kelas ganti. Tapi malaslah…”

“Laa, kenapa malas-malas ni?”

“Tak sedap badan lah.”

“Tak sedap badan? Habis macam mana nak berpidato nanti?”

“Pidato? Macam mana Nita tahu?”

Hello, I have Facebook too, okay? Dah keluar iklan..”

“Pidato tetap terus walau apa pun. Merangkak pun Nas sanggup!”

“Nas….”

“Ya?”

“Nas tak takut ke nak terlibat dengan benda macam ni?”

“Kenapa nak perlu takut?” Nasir mula kehairanan.

“Nas kan under scholarship? Nanti kalau kena gantung, macam mana? Siapa yang susah?”

“La, apa pulak kaitan biasiswa dengan apa yang Nas buat ni?”

“Kan dah jelas dalam borang perjanjian yang Nas tak boleh terlibat dalam politik? Nas, sabar lah, belajar dulu! Nita risau!”

“Apa yang Nita risaukan? Nita takut Nas kena buang? Takut biasiswa Nas ditarik balik? Kalau mereka nak tarik, biarkan! Ingat Nas lapar sangat dengan biasiswa tu? Apa, Nita ingat bila Nas terima biasiswa ni, maknanya Nas setuju untuk jadi kuli batak mereka? Buat apa saja yang mereka nak?”

“Tapi….”

“Apa tapi lagi? Biasiswa ni bukan alasan untuk Nas berhenti berjuang bersama mahasiswa!”

“Tapi kan mereka yang tanggung segala perbelanjaan Nas? Hormatlah mereka sikit, jangan jadi orang yang tak mengenang budi!”

“Kenang budi? Nita ingat duit ni duit kerajaan? Nita silap! Ni duit rakyat! Bukan duit mak bapak mereka! Duit ni berasalah dari kertas yang dibuat dari kulit rakyat! Tintanya dari darah rakyat! Air mata rakyat yang melarut tinta itu! Nas belanja duit rakyat, bukan duit kerajaan! Kerajaan dah lama bebankan rakyat dengan macam-macam bebanan! Mereka tak layak nak kata duit ni duit mereka!”

“Tapi Nas, kita ni kan pelajar lagi!”

“Jadi, kalau belajar lagi, kena ikut saja apa yang mereka kata? Angguk saja? Nas bukan ANJING!”

“Nas! Nas sedar tak Nas cakap dengan siapa sekarang ni? Ini Nita, Nas! Nita! Bukan kawan Nas! Ni Nita, kekasih Nas! Betullah apa yang Nita rasa selama ni, memang Nas dah berubah! Nas bukan lagi  Nas yang Nita kenal dulu! Mana pergi Nas yang Nita kenal di UiTM dulu? Mana pergi Nas yang sama-sama dengan Nita di Dataran Cendikia dulu? Mana!?”

“Nas itu dah mati! Nas yang tak tahu tujuan hidup, yang hanya tahu berseronok, dah mati! Nas yang terperangkap dalam dunia hedonis remaja itu sudah lama mati, Nita! Nas yang ada sekarang adalah Nas yang tahu apa tujuan hidupnya! Yang tahu bahawa hidup ini untuk berjuang, jadi mahasiswa bukan untuk berseronok di kampus menara gading, tapi untuk berjuang! Berjuang untuk rakyat! Dan memang Nas ini lah yang akan hidup selamanya! Jangan cari lagi Nasi yang lama kerana dia sudah mati! Tak akan hidup lagi!”

“Sampai hati Nas!”

- tuuuuut -

Nita mematikan telefon. Nasir terbaring di katil… Bingung. Kalut. Keliru.

Dan Nita terus bergelinangan air mata…

hidup_revolusi

Hidup Revolusi! (Bahg. 6) : Gegar Sudut Pidato!

“Esok jangan lupa, gegar sudut pidato!”

Tiba-tiba terngiang di kepalanya pesanan seniornya, Muhsin. Muhsin seniornya yang masih menghargai bakatnya. Jika kebanyakan ahli Kelab Cegah Mungkar (KCM) semakin menjauh, Muhsin tetap percaya pada Nasir. Buktinya, esok Nasir diberi peluang untuk menggegar pentas sudut pidato. Sudut pidato di UIA ini panjang sejarahnya. Dulu pernah ada, tapi diharamkan. Kini dibuka kembali. Semua kerana pindaan AUKU. Namun di awal pembukaan semula dulu sudut pidato ini agak hambar. Hanya isu umat sahaja yang dilaung. Maklumlah, universiti antarabangsa. Perlulah pidato yang berputar atas isu umat seantero dunia. Tapi ini sememangnya bukan taste KCM dan aktivis mahasiswa lain. Mereka mahu lebih! Dan tidak juga mereka punya masa untuk meneliti peraturan dan garis panduan sudut pidato ini. Bagi mereka, cabar kebebasan semaksimum mungkin. Tidak perlu fikir batasnya. Cakap sahaja. Laung sahaja apa isu pun. Jika Pentadbir tidak suka, itu tugas mereka untuk mengingatkan. Dan dengan sikap dan semangat inilah sudut pidato mulai panas. Nasir masih ingat lagi semasa kecoh isu Himpunan Mahasiswa dulu, ada pihak yang melarang mahasiswa menyertainya atas alasan tidak boleh bercakap tentang politik. Apa lagi, KCM terus membidas dengan menggunakan sudut pidato. Sudut pidato yang mulanya terletak di hadapan Bank Islam, diangkat beramai-ramai. Dijunjung hingga ke hadapan Darul Hikmah. Berbekalkan sebiji hailer, satu demi satu pimpinan KCM berpidato membidas pihak yang kurang ajar menghina mahasiswa itu. Namun tak sampai 30 minit, datang juga pengawal keselamatan menyuruh sudut pidato dihentikan. Suasana yang sudah sedia panas bertukar tegang kerana yang hadir menadah telinga bukan sikit anak, tapi hampir 300 orang. Semua bertambah semangat dicucuk dengan ucapan yang berapi-api. Mahu sahaja mereka menempeleng pengawal keselamatan yang berlagak tu. Namun demi keselamatan bersama, pimpinan KCM akur dan mula mengarahkan hadirin untuk bersurai.

Dan kerana ini, KCM menerima padah apabila tiga pimpinan tertinggi KCM termasuk Hisyam dan Muhsin dikenakan tindakan tata tertib. Kecoh juga dunia mahasiswa ketika itu. Dan menteri yang sepatutnya menjaga kebajikan mahasiswa hanya diam membisu. Tak mahu campur tangan dalam urusan universiti katanya. Tapi itu sedikitpun tak mematahkan semangat mereka. Malah semakin rancak pula mereka berpidato. Dari isu lubang tandas sampailah kepada isu cukai. Semua isu mereka sapu. Semua pidato dibuat atas pentas mahasiswa, bukan kerana pengaruh mana-mana pihatk. Dan kerana peristiwa ini, bertambahlah kagum Nasir kepada Hisyam dan Muhsin.

Dan esok sudut pidato akan bergema lagi. Isu yang akan dibincang adalah mengenai Goods & Service Tax yang hangat diperkatakan sekarang. Orang sudah dengar kata kerajaan. Sudah pula dengar kata pembangkang. Kini giliran mahasiswa pula menyuarakan pandangan mereka. Dan Muhsin beriya-iya mahu Nasir menjadi salah seorang pemidatonya. Walaupun tak disenangi oleh ahli KCM yang lain, Muhsin tetap bertegas. Dia malah mengugut untuk tidak turut serta dalam sudut pidato itu. Mengingat pada kehebatan Muhsin berpidato terpaksalah KCM akur dengan desakan Muhsin. Nasir juga menolak sebaik diberitahu oleh Muhsin. Namun dengan tegas Muhsin mengingatkan, “Ini perintah, bukan jemputan.” Terdiam Nasir. Nasir memang tak sanggup untuk membantah Muhsin. Dia sangat menghormati Muhsin sebagai salah seorang yang telah banyak membantunya. Terpaksalah Nasir terima saja pelawaannya. Fikir Nasir, ada baiknya dia turut serta esok. Bolehlah dia menyampaikan idea yang sudah bersawang dalam otaknya. Namun satu sahaja yang merisaukan Nasir, apa agaknya reaksi ahli KCM yang lain apabila melihatnya berpidato di sudut pidato yang cukup sinonim dengan KCM itu? “Ah, itu pentas mahasiswa, bukan KCM punya!” Nasir cuba memujuk hati.

Nasir cuba memejam mata namun segar benar rasanya malam ini. Jam sudah 3 pagi. Dipusing kiri, tidak kena. Dipusing ke kanan, kekok. Akhirnya Nasir bangun, dibuka kembali lampu di meja studynya. Dicapainya novel “Laila Majnun” yang dibelinya di Fajar Ilmu Baru dulu. Nasir memang menggemari karya-karya sastera klasik. Lebih-lebih lagi yang berasal dari dunia padang pasir. Dan Laila Majnun bagi Nasir merupakan salah satu karya agung terbaik pernah dibacanya. Membaca edisi terjemahan sahaja sudah cukup untuk menggetar jantungnya, bagaimana agaknya jika dia sudah mampu membaca dalam bahasa asalnya kelak. Dibeleknya satu persatu muka surat. Sampailah ke satu bahagian, dibaca dengan penuh debaran, “Aku adalah rembulan dan kau adalah matahariku yang memberiku cahaya dari kejauhan. Maafkan aku karena lintasan orbitku berbeda dengan lintasan orbitmu, sehingga membuatku jauh dari mu selalu…”

Tak tahu lah kenapa tiba-tiba berdebar hatinya tatkala satu persatu perkataan itu dibacanya. Tiba-tiba teringat Nasir pada Nita, buah hatinya. Sudah dua hari Nita merajuk dengannya. Semua gara-gara prasangka Nita terhadap Nasir. Apa tidaknya, Nasir yang hari ini sudah bukan Nasir yang dulu lagi. Sudah banyak perubahan pada diri Nasir. Nasir juga seakan sudah bosan dengan Nita. Itulah yang didakwa Nita. Dan tanpa sempat Nasir membela diri, terus Nita menjatuh hukum. Dan pada masa malam yang sunyi begini lah ingatan Nasir kuat benar kepada Nita. Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Nita. Namun keras hati perempuan, batupun pecah. Nita tetap membisu. Memang marah benar Nita. Tidak pernah sebelum ini Nasir menerima pemulauan yang sebegini.

Nasir terus melayan perasaan. Tanpa disedari, terlelap juga dia di meja study

mati dalam perjuangan lebih mulia dari hidup dalam penindasan

Untuk Ibu Pertiwi

Bukit-bukit di negeriku kini tenggelam
Oleh darah dan air mata
Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anaknya yang merantau?
Untuk masyarakatnya yang sengsara?
Apa pula gunanya keluh-kesah
Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
Aku akan berkata “Mati dalam perjuangan
Lebih mulia dari hidup dalam penindasan”
Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
Dan penderitaan adalah tanah air mereka

Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kau jatuhkan
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan.

~ Khalil Gibran  (1833-1931)

Buat Bakal Mahasiswa

Tulisan ini boleh lah dianggap sebagai satu panduan ringkas buat adik adik yang sedang berkira kira hendak ke menara gading.

Memang, memilih universiti bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Keperluan akademik, persekitaran yang dijanjikan, pilihan rakan rakan, peluang kerja. Ini adalah sebahagian daripada perkara yang diteliti oleh pelajar sebelum membuat pilihan.

Dalam perkara memilih universiti ini lah wujud pelbagai mitos yang ditutur secara membabi buta tanpa ada penyelidikan yang rapi. Contoh nya, universiti ini hedonis, universiti ini Islamik. Semua ini bersifat subjektif yang mana berbeza mengikut si penutur dan pemerhati. Jadi usah bazirkan masa melayan mitos sebegini.

Memilih universiti adalah sangat penting. Kerana di sini lah bakal mahasiswa akan menghabiskan sejumlah hidup mereka. Jika tersilap pilih, meranalah untuk sekurangnya 3 tahun lagi. Kerana itu, jangan lakukannya dengan membabi buta. Laku kan dengan penuh penelitian.

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis ragam manusia. Tiada manusia yang sama kehendaknya. Kerana ini lah, setiap pelajar seharusnya membuat pilihan berdasarkan kehendak diri nya sendiri, bukan kerana ikut ikut rakan semata. Ingat, yang akan ke universiti adalah anda, bukan orang lain. Soalan yang paling penting untuk anda fikir adalah apa anda mahu dari universiti ini?

Seorang yang berminat untuk menjadi peguam Syarie contohnya, perlu lah memilih antara UIAM atau UKM kerana dua universiti ini lah yang menawarkan LLB_S. Memilih UiTM atau UM sudah tentu nampak bodoh kerana dua universiti ini lebih kepada Civil Law.

Jadi, pastikan anda tahu apa kemahuan anda. Apa yang anda harap anda akan jadi selepas keluar dari universiti itu. Pensyarah? Doktor? Jurutera? Peguam? Ahli politik? Ahli perniagaan?

Antara kesilapan besar yang dilakukan oleh para pelajar adalah mereka tidak tahu apa yang mereka mahu. Mereka memilih semata mengikut rakan rakan, dipaksa oleh ibu bapa, dan sebagainya. Ada juga yang memilih atas dasar senang dapat kerja. Statistik apa yang diguna? Statistik hari ini. Jadi 4 tahun lagi, adakah peluang kerja itu masih ada?

Memilih universiti tidak boleh kerana mengikut rakan rakan. Di sekolah anda hanya bergaul dengan 1000 manusia. Tapi menjejak kaki ke menara gading, 20000 manusia menanti anda. Memang di sekolah anda boleh jadi rakan yang rapat. Tapi di universiti, apa jaminan anda akan kekal bersama? Ingat, manusia ini boleh berubah dengan mudah. Apa jadi kalau anda pilih universiti kerana ingin bersama rakan anda tapi akhirnya dia mendapat rakan baru, tidakkah anda akan terkongtang konting sendirian? Kerana itu jangan pilih kerana rakan rakan. Hidup tidak boleh meniru niru. Perlu ada pendirian sendiri. Biar anda sendirian, asal anda membuat pilihan yang sesuai dengan diri anda.

Satu lagi kesalahan yang sering dilakukan adalah membuat pilihan atas dasar banyak nya peluang kerja menanti. Ini adalah mentaliti yang salah. Ya, mungkin bidang itu laku sekarang, tapi apa jaminan untuk 4 tahun kemudian, ia masih laku? Dulu ramai yang memilih IT sebagai bidang pilihan atas alasan senang dapat kerja. Tapi akhirnya belon IT meletup, terus jadi penjual anggur sahaja. Fikir jauh ke hadapan. Buat ramalan melalui pembacaan anda. Jangan pandang sesuatu bidang semata pada situasi hari ini sahaja. Fikir apa akan jadi 4 tahun kemudian. Boleh jadi bidang itu hari ini tidak laku, tapi mungkin 4 tahun lagi, laku selakunya.

Sebelum memilih, teliti lah dahulu universiti tersebut dengan penuh penelitian. Cari lah maklumat di laman-laman web. Layari laman rasmi universiti tersebut. Teliti apa kemudahan yang disediakan, apa polisi mereka mengenai perkara seperti tempat tinggal, kokurikum, dan sebagainya. Ramai pelajar yang tidak ambil kisah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang universiti yang mereka minati. Kikislah sifat malas ini. Usah hanya bergantung pada kisah kisah dari alumni yang sudah 10 tahun meninggalkan universiti tersebut. Namun begitu, harus diingat bahawa segala yang disiar di laman rasmi itu adalah yang indah indah belaka. Jangan tertipu dengan apa yang mereka iklankan. Sebaliknya, ambil masa untuk melayari laman laman forum di internet. Kebanyakan forum seperti Cari, ILuvIslam dan sebagainya mempunyai ruangan forum yang membincangkan dengan khusus mengenai sesebuah universiti. Dan apa yang anda akan jumpa di forum ini adalah luahan hati para pelajar yang sudah dan sedang berada di universiti tersebut. Lihat apa masalah dan kekurangan universiti tersebut. Mereka yang berforum ini kebanyakkannya jujur, jadi anda akan dapat mengimbangi antara iklan di laman rasmi dan kenyataannya. Timbang tara lah dan jangan tertipu dengan iklan dari pihak universiti yang lebih mengutamakan keuntungan.

Seterusnya, pastikan kursus yang anda pilih itu setara dengan keputusan SPM anda. Usah sekadar tangkap muat sahaja ruangan dalam borang UPU tersebut. Ada sahabat penulis yang dapat pilihan ke 8 yang hanya diletak untuk memenuhi ruangan kosong. Ingat, kesemua 8 ruang kosong itu ada gunanya. Jangan sembarangan. Fikir betul betul.

Dan yang paling penting, jangan lupa untuk berdoa dan beristikarah kepada Allah. Sesunggunya Allah mempunyai perancangan yang rapi dan hebat buat setiap hambanya. Jangan sekali kali anda berputus asa dengan Allah. Sentiasa berdoa kepadanya agar Allah memakbulkan permintaan anda dan membantu anda ke universiti yang anda mahu.

Wallahua’lam…

Babeek dan Fakir Hindi

(Buahtangan Voltaire, Pujangga Perancis yang Masyhur)

Seketika saya sampai ke kota Benares yang terletak di pinggir sungai Gannga, iaitu tempat mula-mula timbulnya Brahmana, banteng yang paling teguh dari agama Brahmana, maka timbullah niat saya menyelidiki bagaimana orang melakukan upacara tersebut. Akhirnya saya dapat berkenalan dengan seorang Hindu yang mempunyai akal luas, panjang penyelidikan dan lebar fahamnya. Dengan pertolongannya, dapatlah saya mengetahui hal yang perlu-perlu dalam agama tersebut.

Sahabatku itu, yang bernama Omri, sangat damainya dengan saya, merskipun agama yang saya peluk berlainan dengan agamanya. Saya seorang Islam dan ia seorang Brahmana. Tidak pernah terjadi di antara kami berdua hal-yang mengecilkan hati salah satu pihak. Kalau kami bertukar fikiran, tidak pernah menyinggung-nyinggung nama Muhammad atau Brahmana, saya pegang teguh agama saya, dan dia pegang teguh agamanya. Tiap-tiap hari kami sama-sama melakukan upacara kami masing-masing menurut keyakinan masing-masing. Nanti bilamana datang waktu makan, kami makan bersama-sama dari satu macam makanan, sehingga kami sudah sebagai dua orang bersaudara kandung layaknya.

Pada suatu hari kami pergilah bersama-sama ke rumah berhala, tempat menyembah dewa Vishnu. Di sana kelihatanlah oleh kami bberapa orang fakir-fakir, setengahnya dari kaum sufi dan setengahnya lagi masuk dalam mazhab penyiksa tubuh, yang menurut keyakinan mereka, dengan menyiksa tubuh yang kasar itu, manusia akan dapat mencapai darjat yang amat tinggi pada hidup yang akhir kelak. Dan segala mazhab itu mengaku mengambil alasan daripada semacam kitab saja, iaitu kitab “veda”.

Saya lalu di hadapan sseorang fakir. Dia sedang memperhatikan kitab Vedanya dengan amat asyik. Demi setelah kelihatan olehnya saya lalu di hadapannya, dipandangnya saya dengan pandang kehinaan dan dia bersorak dengan marah:

“Wahai seorang pengengkar Tuhan yang celaka, seorang durjana yang kafir. Lantaran engkau lalu di hadapanku, aku telah lupa wirid yang sedang kubaca, rosak jadinya nusukku dan ibadatku. Padahal dalam membaca wirid itulah bergantung bahagia hidupku. Kalau wiridku aku kerjakan dengan teratur, aku akan mencapai yang lebih tinggi. Dahulunya jiwaku telah menjelma di dalam kelinci, iaitu sebagai ganti dari penjelmaanku menjadi burung nuri. Itulah sebabnya aku selalu hidup dalam takwa dan berbuat salih”.

Supaya kemarahannya menjadi reda, saya letakkan ke tangannya sekeping perak, dan diapun meneruskan wiridnya pula, tiada peduli lagi kepada kami. Saya teruskan perjalanan, malang akan timbul, sayapun bersinlah. Mendengar bersinku, terbangun pula seorang fakir yang lain, yang rupanya sedang di dalam semadi. Dia berkata:

“Ah……di mana aku sekarang? Ke lubang neraka manakah aku jatuh? Mengapa saya telah jadi sebodoh ini? Saya tidak dapat lagi melihat apa yang di bawah hidung saya, rupanya cahaya Dewata Mulia Raya sudah hilang dari diri saya”.

“Sayakah yang menjadi sebabnya? Sehingga engkau tidak dapat lagi melihat yang di bawah hidungmu? …..Ayuh, ambillah ini sekeping di bawah hidungmu, meskipun tak kelihatan yang di bawah hidung, mudah-mudahan kelihatan yang di atasnya, dan sebentar lagi cahaya Dewata Mulia Raya akan kembali kepadamu….”.

Setelah itu saya berjalan dengan hati-hati sekali. Setengah fakir-fakir itu memberikan kepada kami beberapa paku kecil-kecil, supaya kelak kami pakukan ke telapak tangan kami untuk menghormati Sang Hyang Brahmana. Setengah fakir-fakir itu bernyanyi sambil berjalan dengan kedua-dua tangannya, kaki diangkatnya ke atas, setengahnya lagi bermain tali yang diikatkannya ke atas, setengahnya lagi bermain tali yang diikatkannya ke seluruh badan, setengahnya pula melangkah dengan sebelah kaki saja, sedang yang sebelah dilunjurkannya ke muka. Setengahnya pula badannya terikat oleh rantai, ada pula yang memikul batu berat di bahunya. Semua mereka termasyhur sebagai golongan Brahmana budiman.

Tangan saya dipegang oleh temanku Omri itu, dibawanya ke sebuah gua tempat seorang failosof tua bertapa. Failosof itu sangat masyhur, namanya Babeek.

Dia tidak berpekaian sehelai benang juga. Di kuduknya terikat sebuah rantai yang amat berat, tidak kurang beratnya dari 60 rathal, dia duduk di atas sebuah kerusi kayu yang penuh dengan paku-paku yang tajam, paku itu menembus ke dalam tubuhnya, kadang-kadang tembus sampai keluar. Sungguhpun begitu dia kelihatan duduk dengan enak saja, seakan-akan di atas tikar permaidani.

Banyak benar perempuan-perempuan muda yang datang ziarah kepadanya meminta berkat, ataupun meminta dianugerahi anak, atau meminta supaya diberi ubat “Pekasih” supaya suami mereka kasih kepada mereka. Apa saja nasihat failosof itu, selalu diikut oleh perempuan-perempuan tersebut, tidak pernah dibantah, kerana dia sangat keramat.

Sempat juga saya mendengar pembicaraannya dengan sahabatku Omri itu. Sahabatku bertanya:

“Bagaimanakah fikiranmu wahai Maha Guru tentang hal diriku? Setelah jiwaku menanggung sengsara dan terlepas dari bencana dan cubaan, dan telah mencuba tanasukh (reincarnasi) 7 kali, dapatkah saya mencapai darjat Brahmana?”

Babeek menjawab: “Itu bergantung kepada keadaan kelakuanmu”.

Omri: “Saya seorang yang pengasih sesame manusia, cinta kepada Tanah Air, ikhlas dan santun kepada isteriku, tidak pernah berbuat jahat, sayang kepada anak-anakku, teguh memegang janji, saya pinjamkan hartaku kepada orang yang berhajat dengan tidak mempertenakkan wang, saya memberi  sedekah kepada fakir miskin dengan hati suci, kerana mengharapkan anugerah Dewata semata-mata. Saya suka kepada perdamaian di dalam hidup sesame manusia”.

“Sudahkah pernah engkau mencucukkan paku ke dalam tubuhmu?” tanya Babeek.

“Belum, hai Maha Guru,” jawab Omri.

“Sayang sekali, sebab kalau hanya sepanjang yang engkau terangkan itu saja yang engkau kerjakan, dan tidak pernah mencucukkan paku ke dalam badanmu, engkau hanya akan sampai ke langit tingkatan kesembilan belas saja, langit tingkat kesembilan belas masih penuh dengan kesengsaraan”.

“Kalau begitu baiklah, saya terima dengan hati yang tulus ikhlas apa yang ditentukan Dewata. Buat saya sama saja, walau di langit kesembilan belas, atau di langit kedua puluh, selama saya masih dapat melakukan kewajipan terhadap Tuhan untuk agama dan keduniaan, saya pergi ke rumah-rumah suci dengan hati tulus, sampai perjalanan saya ke hujung tujuan saya. Buat saya, yang demikian itu cukuplah…… Tetapi engkau sendiri, hai Maha Guru, di langit tingkatan berapakah tuan guru, sebab tuan guru telah mencucukkan paku ke dalam badan, dan telah mengikat leher dengan rantai-rantai yang berat itu?”

“O ……saya di langit tingkatan yang ketiga puluh lima!”

“Kalau begitu Maha Guru memanglah seorang yang lurus tetapi menggerikan. Rupanya tuan guru tidak mahu duduk di langit yang saya diami, tuan guru mahu pada yang lebih atas sekali. Cita-cita dan angan-angan yang demikian, timbulnya ialah dari perasaan mementingkan diri sendiri lebih dari orang lain, dari perasaan hendak atas dari orang. Kalau begitu agama tuan guru tidak juga berubah dengan agama orang lain, yang tamak akan kelebihan dunia, supaya lebih kaya dari orang, lebih gagah dari orang. Tetapi tuan guru lebih lagi, sebab tuan guru dari sekarang telah mulai tamak akan kedudukan yang di atas sekali. Kenapa Brahmana akan sampai hati memberikan hukum sebagai yang tuan guru sebutkan? Bapa mesti insaf, bahawa sepuluh hari saja beramal dengan hati tulus, akan diganjari Brahmana dengan 10 tahun pahala, lebih lama dari seksa yang tuan guru tanggung mencucuki dengan paku, mengikat leher dengan rantai sekian lama. Tuan guru aniya dari begitu rupa, tidak lekat pakaian pada tubuh, penuh badan oleh luka-luka. Faedah apakah yang akan diambil Brahmana dari badan yang macam ini? Inikah jalan yang paling baik untuk melepaskan tanah air dari marabahaya? Inikah jalan untuk menolong orang-orang miskin?

“Saya percaya wahai tuan guru – bahawasanya orang tani yang menanamkan benihnya di sawah, untuk mengutip hasilnya, lebih mulia pada sisi Brahmana daripada tuan-tuan ini, yang dengan berselimutkan ranta-rantai, berhiaskan paku ke seluruh badan, pergi meminta-minta kian ke mari, dengan persangkaan bahawa inilah kemuliaan sejati dan pengorbanan yang sebenar-benarnya…….”

Setelah memberikan serangan yang hebat ini, Omri berhenti berbicara, setelah dia rupanya agak menyesal lalu dipujuk-pujuknya dan dipuji-pujinya pula fakir itu kembali, dipujuknya supaya Babeek suka membuka rantainya dan menanggalkan pakunya, buang jauh-jauh dan kembali ke kampung, tinggal di rumah Omri bersama-sama, memakai pakaian yang layak, hidup dengan hidup yang sempurna yang bersetuju dengan akal, menurutkan perjalanan kehidupan yang sejati, yang telah digariskan Tuhan, yang lebih sempurna daripada hidup menganiaya diri yang tidak berketentuan itu.

Namun Babeek menjawab: “Tetapi kalau nasihat engkau saya ikut hilanglah kepercayaan orang terhadap diri saya, orang-orang perempuan tidak datang meminta ubat lagi, ubat-ubat hamil, atau ubat buat mengasihkan suaminya. Orang laki-laki tidak pula datang meminta berkah …………”

“Tidak …….. tidak boleh, kembalilah engkau menuju jalanmu, tinggalkanlah saya seorang diri dengan rantai-rantaiku dan paku-pakuku, kerana rantai dan paku inilah namaku akan masyhur ke mana-mana, dengan dialah jihadku dan takwaku ………..”

p/s: dipetik daripada buku Lembaga Hikmat, HAMKA.