"Aku nelayan mengetuk dinding dewan terdengar geletar suara bahasa terseksa, terjerit sama kealpaan purba."
Jika Dr Asri Masuk UMNO
Ketika artikel ini ditulis, lebih kurang 48 jam sahaja lagi masa sebelum Dr Asri Zainul Abidin dan seangkatan “ulamak” dikatakan akan mengumumkan kemasukan mereka kedalam parti pemerintah, UMNO.
Penulis secara jujurnya terkejut dengan berita ini. Kerana sangat mustahil Dr Asri akan menyertai UMNO. Walaupun beliau tidak berapa intim dengan PAS, tidak diterima akal juga jika beliau memasuki UMNO. Penulis berharap ini hanyalah khabar angin sahaja.
Namun begitu, andai kata Dr Asri benar-benar menyertai UMNO, penulis berpendapat PAS sebagai parti yang berslogankan Islam bakal terkena tempiasnya juga. Akan ada impak negatif yang akan menimpa PAS seandainya berita ini benar.
Apa impak negatif masuknya Dr Asri ke dalam UMNO kepada PAS? Selepas ini mungkin akan ada yang menentang salafi/wahabi/kaum muda/dll dan melabel mereka sebagai pencacai UMNO hingga melukakan hati sesetengah pimpinan PAS yang juga merupakan salafi/wahabi/kaum muda/ dll. Sikap serkap jarang ini merupakan satu perkara yang memberi kesan kepada PAS. PAS tidak sama dengan parti lain. Parti lain mereka lebih sekular. Namun PAS berpegang pada Islam.
Dan dalam Islam itu ada pula pecahan mazhab, aliran pemikiran yang berbeza-beza. Dan di Malaysia, yang paling menonjol adalah Kaum Tua dan Kaum Muda. Dan Dr Asri sudah sinonim dengan gerakan Kaum Muda di Malaysia. Bahkan apabila sebut sahaja Wahabi/Salafi/Kaum Muda/ dll yang seangkatan dengannya, tidak sah jika tidak disertakan sekali nama Dr Asri. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan Dr Asri itu Kaum Muda, dan Kaum Muda itu Dr Asri (sekurangnya pada pandangan orang awam).
Maka apa yang dibuat Dr Asri, dianggap sebagai mewakili Kaum Muda. Jadi jika Dr Asri menyertai UMNO, maka bahaya yang akan menimpa adalah orang akan menganggap Kaum Muda, Pro-UMNO. Dan ini akan mengguris hati pimpinan PAS yang ada juga sealiran dengan Dr Asri.
Mungkin berlaku pelabelan songsang UMNO = salafi/wahabi manakala PAS = Kaum Tua. Maka kerana itu, PAS perlu membetulkan kesonsangan ini andai ia berlaku. Jangan hingga terlambat baru mahu bertindak. Sekarang pun sudah ramai yang menolak PAS atas nama PAS kaki bid’ah.
Namun begitu, dengan perkembangan terkini menyaksikan Dr Asri menempelak Kerajaan, maka penulis merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO.
Wallahua’lam…
| Print article | Oleh penulis pada 23 Jun 2010 jam 23:49, dalam Pendapat, Semasa. Ikuti maklum balas kiriman ini melalui RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |







