"Aku nelayan mengetuk dinding dewan terdengar geletar suara bahasa terseksa, terjerit sama kealpaan purba."
Archive for September, 2009
the loudest one….
Sep 27th
action speaks louder than word but thinking speaks the loudest.
fikir-fikir kan… wallahua’lam…
Sampah BN dan PR
Sep 24th
BN dan PR adalah sampah dalam politik Malaysia. Kedua-dua nya banyak bercakap dengan tindakan yang kurang. Lebih sampah dari kedua nya adalah PR.
Kenapa?
Kerana PR hebat bercakap, berceramah mengutuk BN tapi akhirnya semua tahu bahawa PR juga senada dengan BN.
Di mana kebebasan bersuara dalam PR? Dicanang sejak lama bahawa PR memberikan kebebasan bersuara. Namun kenapa jika ahli PAS bersuara sahaja, maka ada gesaan supaya PAS keluar dari PR?
PR boleh bentuk kerajaan di Selangor tanpa PAS. Jadi adalah sangat baik bagi PAS keluar sahaja dari PR di Selangor. Biar PKR dan DAP sahaja yang mengurus negeri. Kalau mereka hebat sangat, tentu mereka dapat buat kerja tanpa PAS.
Jika DAP boleh ugut macam-macam, kenapa tidak PAS?
PAS jangan jadi babi dicucuk hidung. Boleh dibawa kemana-mana.
Apa Beza Mercun Dan C4?
Sep 24th
Mercun adalah bahan letupan yang berbahaya. Mercun mampu membunuh. Tiada beza antara mercun dan bahan letupan seperti C4 dan Dynamite. Semuanya mampu untuk menghancurkan jasad manusia.
Namun begitu, sangat menghairankan bagaimana mudahnya bagi anak-anak kita mendapatkan bahan letupan ini. Kenapa tiada tindakan tegas diambil? Di mana keperihatinan dan ketegasan kerajaan dalam menangani isu yang melibatkan keselamatan negara ini?
Mendapatkan mercun sangat mudah. Anda boleh mendapatinya di pasar-pasar minggu, bazar ramadhan secara terbuka, tiada lagi istilah pintu belakang.
Isu ini melibatkan keselamatan negara kerana dengan terlampau mudahnya mercun diperoleh, maka tidak mustahil bagi pengganas dan pelampau untuk menggunakan mercun sebagai senjata untuk mencetuskan keganasan.
Bayangkan, sebiji mercun sebesar syiling 20 sen mampu untuk menyebabkan kecacatan kekal. Bagaimana kalau penjenayah memasang 100 biji mercun sebegitu secara serentak? Tidakkah akan berlaku kerosakan yang teruk?
Ingat, mercun adalah bahan letupan. Bahan letupan membunuh.
Sekian, Wallahua’lam.
Pelajar UIAM Syahid di Palestin
Sep 17th
Obaidah Al-Qudsi

Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.
Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!
On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.
Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.
Synopsis about the martyr:
Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.
Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.
Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.
He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.
During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.
In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!
http://aqsaiium.com/?page_id=738
Merakam Lailatul Qadar?
Sep 14th
Kata pensyarah ku, kenapa tiada siapa yang pernah mengalami Lailatul Qadar merakam fenomena aneh yang berlaku ketika itu?
Kata ku (sekarang, bukan semasa di kelas. hehe..), Lailatul Qadar itu ditemui oleh mereka yang sangat suci. Tidak munasabah bagi orang yang suci ini untuk membazirkan masa mereka mencari dan memasang kamera untuk merakam suasana yang sekejap itu.
Sudah tentu mereka memilih untuk menghabiskan masa yang sekejap itu untuk berhubung dengan Kekasih mereka, bukan?
Wallahua’lam…
Siapa Manusia Tahi?
Sep 13th
Tahi adalah satu perkara yang sangat busuk. Semua orang tak mahu digelar sebagai tahi. Tapi hari ini saya ingin memberitahu anda siapa manusia yang digelar sebagai tahi. Siapa mereka?
Mereka adalah individu-individu yang suka membuat kacau di dalam jamaah. Kejar jawatan, hasad dengki, cari duit, salah guna kuasa, dan pelbagai lagi. Mereka ni seperti tahi. Kenapa?
Kerana tahi itu apabila berada dalam perut, buat jasad rasa tak selesa. Tapi bila dah keluar pun, masih buat masalah dengan bau yang busuk.
Jadi sesuailah individu ini digelar tahi, kan? Dalam jemaah buat masalah, bila dah di luar jemaah hentam jemaah pula.
Sekian, Wallahua’lam…
[22] Dongeng Sudah Jadi Kenyataan!
Sep 11th
Mendenging-denging kembali ucapan Engku Lebai yang kita dengar waktu kecil di surau dahulu itu:
“Kayu-kayan, rumah-rumah, gunung-ganang sama sujud, air pun berhenti mengalir! Seluruh dunia diliputi oleh cahaya, lain dari cahaya pelita, lain dari cahaya bulan, lain dari cahaya matahari. Pintu langit terbuka! Ketika pintu langit itu terbuka dan orang yang dikehendaki Allah akan makbul doanya. Melihatlah dia dan tahulah dia saat itu telah datang. Para malaikat turun dari langit dikepalai oleh Malaikat Jibril.”
Dahulu kita terima sebagai sebuah dongeng yang indah. Setelah itu kita sangsi. Akhirnya percaya dengan segala kerendahan hati.
Sekarang datang waktunya. Ramadhan datang!
Kita puasa, kita tarawih, kita baca Al-Quran.
Dan kita mengintai suasana “Lailatul Qadar”. Yang lebih tinggi nilainya dari 1000 bulan.
Tamat…
nota: sempena Ramadhan, penulis akan memaparkan 30 siri tulisan Buya Hamka bertajuk Lailatul Qadar yang dipetik dari buku bertajuk Renungan Tasawuf: Manisnya Iman. Koleksi ini akan muncul setiap hari sepanjang Ramadhan. Berikut adalah kisah di sebalik tulisan ini:
Allahyarham Hamka juga pernah mendiami dalam tahanan (jel) beberapa tahun, iaitu ketika berkuasanya orde Lama, kerajaan Soekarno.
Ketika itu dia menderita sakit sehingga untuk waktu yang lama dalam status sebagai orang tahanan dihabiskannya di hospital. Pada bulan puasa Ramadhan, dia menulis satu karangan berjudul “Lailatul Qadar” dimuatkan dalam Majalah Gema Islam, 1965, tanpa mencantumkan namanya.
Karangan ini merupakan renungannya mengenai cerita-cerita tentang Lailatul Qadar yang didengarnya sejak masa kecil di kampung. Dan dalam usia tua, juga dalam suasana kesepian sebagai seorang tahanan, Hamka mencari pengertian-pengertian hakiki dari kisah Lailatul Qadar yang didengarnya di surau pada waktu masih kanak-kanak itu.
Wallahua’lam…
[21] Diri Yang Telah Terjual
Sep 10th
Asy-Syakrani, menamakan suasana itu, “Kehidupan Hati”. Dia berkata:
“Apabila engkau ingin hatimu hidup, iaitu hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi, maka keluarlah engkau dari menyandarkan harapan kepada makhluk. Matikan hawamu dan iradatmu. Pada waktu itulah engkau mulai akan diberi oleh Allah hidup yang sejati, hidup yang tidak ada maut sesudahnya lagi. Kaya yang tidak ada miskin sesudahnya lagi. Pemberian yang tidak ada terhenti-henti lagi. Lalu diangkatnya nilai engkau dalam hati hamba-hamba-Nya. Sehingga engkau tidak akan hina lagi untuk selama-lamanya.”
Jalaluddin Rumi; Menamakannya sebagai “Diri yang telah terjual”. Dia berkata:
“Allah telah membeli jiwa kita, untuk Dia. Bayarannya ialah syurga. Sebab itu tidak seorang pun yang dapat membelinya dan menawarnya sampai akhir zaman. Suatu barang tidak boleh dijual dua kali.”
Tetapi orang-orang salih yang lain tidak dapat menceritakan. Mereka hanya berkata:
“Cubalah sendiri. Siapa yang belum mencuba, belum mengenalinya. Lafaz adalah ungkapan dan makna, namun banyak makna yang tidak dapat diungkap dengan lafaz.”
bersambung…
nota: sempena Ramadhan, penulis akan memaparkan 30 siri tulisan Buya Hamka bertajuk Lailatul Qadar yang dipetik dari buku bertajuk Renungan Tasawuf: Manisnya Iman. Koleksi ini akan muncul setiap hari sepanjang Ramadhan. Berikut adalah kisah di sebalik tulisan ini:
Allahyarham Hamka juga pernah mendiami dalam tahanan (jel) beberapa tahun, iaitu ketika berkuasanya orde Lama, kerajaan Soekarno.
Ketika itu dia menderita sakit sehingga untuk waktu yang lama dalam status sebagai orang tahanan dihabiskannya di hospital. Pada bulan puasa Ramadhan, dia menulis satu karangan berjudul “Lailatul Qadar” dimuatkan dalam Majalah Gema Islam, 1965, tanpa mencantumkan namanya.
Karangan ini merupakan renungannya mengenai cerita-cerita tentang Lailatul Qadar yang didengarnya sejak masa kecil di kampung. Dan dalam usia tua, juga dalam suasana kesepian sebagai seorang tahanan, Hamka mencari pengertian-pengertian hakiki dari kisah Lailatul Qadar yang didengarnya di surau pada waktu masih kanak-kanak itu.
Wallahua’lam…
[20] Kalau Diceritakan Apa Yang Aku Alami, Aku Akan Dituduh Gila
Sep 9th
Tentang pertanyaan, adakah orang-orang salih yang melihat suasana Lailatul Qadar itu dan menceritakan apa yang dilihatnya? Tentu sudah menjawabnya. Kita sebagai Muslim, amat percaya telah banyak orang melihatnya. Tetapi tidaklah akan mudah hal itu diceritakan, menceritakan pengalaman rohaniah itu, terutama kepada insan yang dipesona oleh kehidupan kebendaan. Sampai orang-orang Sufi ada yang berkata:
“Kalau diceritakan apa yang aku alami, aku akan dituduh gila”
Cuma ada beberapa yang menerangkan serba sedikit. Tentu tidak mencukupi.
bersambung…
nota: sempena Ramadhan, penulis akan memaparkan 30 siri tulisan Buya Hamka bertajuk Lailatul Qadar yang dipetik dari buku bertajuk Renungan Tasawuf: Manisnya Iman. Koleksi ini akan muncul setiap hari sepanjang Ramadhan. Berikut adalah kisah di sebalik tulisan ini:
Allahyarham Hamka juga pernah mendiami dalam tahanan (jel) beberapa tahun, iaitu ketika berkuasanya orde Lama, kerajaan Soekarno.
Ketika itu dia menderita sakit sehingga untuk waktu yang lama dalam status sebagai orang tahanan dihabiskannya di hospital. Pada bulan puasa Ramadhan, dia menulis satu karangan berjudul “Lailatul Qadar” dimuatkan dalam Majalah Gema Islam, 1965, tanpa mencantumkan namanya.
Karangan ini merupakan renungannya mengenai cerita-cerita tentang Lailatul Qadar yang didengarnya sejak masa kecil di kampung. Dan dalam usia tua, juga dalam suasana kesepian sebagai seorang tahanan, Hamka mencari pengertian-pengertian hakiki dari kisah Lailatul Qadar yang didengarnya di surau pada waktu masih kanak-kanak itu.
Wallahua’lam…
[19] Bagaimana Melihat Matahari Sujud?
Sep 8th
Ada pula teman bertanya: Apa benarkah seluruh kayu di hutan, gunung-ganang, bahkan rumah-rumah bersujud pada waktu itu? Kalau memang benar, adakah kiranya orang-orang salih itu yang pernah menceritakan bahawa dia pernah melihat atau mengalami? Apakah ini hanya dongeng sahaja?
Waktu masih muda, memang kita merasa-rasa, kalau-kalau cerita Engku Lebai yang waktu kecil di surau itu memang barangkali hanya dongeng sahaja. Tetapi sekarang, Astaghfirullah! Mohonlah ampun kepada Tuhan. Sekarang dan Insya Allah, bahawa ini bukan dongeng Engku Lebai, tetapi benar-benar firman Tuhan. Cubalah baca Surah Al-Hajj, ayat 18:
“Tidakkah engkau lihat, bahawasanya Allah itu, sujud kepadanya siapa-siapa yang ada di semua langit dan siapa-siapa yang ada di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pohon-pohon, haiwan-haiwan dan ramai dari manusia. Tetapi ramai pula yang pantas azab menimpa atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan oleh Allah, tidak ada siapa pun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah Al-Hajj: ayat 18)
Keterangan begini terdapat juga di Surah Ar-Ra’ad (ayat 16). Tersebut pula dalam surah An-Nahl (ayat 49). Tersebut juga dalam surah Ar-Rahman (ayat 6).
Kalau di dalam ayat ini Tuhan Allah bertanya: “Apakah tidak engkau lihat?” Ertinya ialah menyuruh melihat. Mungkin secara mudah orang akan berkata:
Saya sudah berkali-kali cuba melihat, namun dia tidak juga kelihatan. Apa sebab? Sebab saudara memakai alat pelihat benda yang sangat terbatas ini, untuk melihat alam rohaniah yang begitu luas, selamanya saudara akan gagal! Sedangkan sarjana atom, melihat atom tidak dengan mata, bahkan tidak dengan microscope. Mengapa alam rohaniah hanya akan dilihat dengan mata? Kalau begitu kasihan Ibnu Ummi Maktum, Muazzin Rasulullah di samping Bilal, yang tiap pagi sebelum orang bangun, telah tiba di masjid.
Surah Abasa (surah ke 30) adalah kehormatan buat dirinya. Beliau buta! Kasihan orang-orang seperti beliau tidak akan melihat seluruh alam bersujud kepada Tuhan.
Memang, ayat ini banyak menerangkan manusia yang bersujud bersama matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, kayu-kayan dan binatang-binatang melata. Orang-orang inilah melihat segala sesuatu itu sujud kepada Tuhan. Orang-orang inilah yang menikmati suasana “Lailatul Qadar”. Sebab pada saat itu orang-orang itu telah bersatu dengan alam, dan dia telah melihat dengan rohaninya. Tetapi ramai pula manusia tidak melihat semuanya itu, sebab hanya mata pelihat bendanya ini sahaja yang melihat mata batinnya, mata untuk melihat alam rohaninya buta!
Jangankan melihat matahari dan bulan sujud, melihat orang sujud pun dia jarang atau tidak pernah sama-sekali. Dan dia sendiri pun jarang sujud atau tidak pernah.

Komen Terbaru