"Aku nelayan mengetuk dinding dewan terdengar geletar suara bahasa terseksa, terjerit sama kealpaan purba."
Archive for Julai, 2009
Guaman, Kerjaya Yang Disalah Fahami
Jul 22nd
Saya adalah seorang pelajar undang-undang di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Kelang. Sebagai seorang yang bakal menceburi bidang guaman, saya sering diserang dengan soalan dan tuduhan yang bukan-bukan. Antaranya:
“Peguam adalah kerja yang hina kerana sanggup membela pesalah.”
“Apa hukum hakim buat keputusan yang salah?”
Dalam menjawab soalan sebegini, saya suka menggunakan hujah akal kerana saya tidak berapa mahir dalam dalil naqli.
Jadi, dalam perkara pertama, peguam sering difitnah sebagai golongan yang hina kerana membela pesalah. Benarkah begitu?
Kita lihat satu situasi. A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang wanita dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh selepas melihat muka A di muka hadapan akhbar. Walaupun mahkamah belum bersidang, tapi hukuman telah dijatuhkan oleh masyarakat. Kemudian disiarkan pula wajah peguam bela bagi A. Maka peguam ini juga dituduh sebagai seorang yang tak berhati perut kerana membela pembunuh.
Persoalan sekarang, atas justifikasi apa masyarakat menjatuhkan hukuman ke atas A?
Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dia lah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian.
Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.
Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah.
Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah. Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah.
Maka, salah kah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah. Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.
Itu persoalan pertama.
Persoalan kedua, adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa?
Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala.
Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapan nya. Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah.
Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak. Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah.
Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah.
Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.
Wallahua’lam.
Kisah Selatan Thai…
Jul 19th

Salam.. Kita sering mendengar berita mengenai penderitaan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan yang terletak beribu-ribu batu dari tempat kita. Boleh dikatakan setiap tahun kita akan mengadakan majlis mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana kebiadaban mereka. Namun, sering kita lupa mengenai nasib saudara kita yang terletak hanya beberapa kilometer dari tempat kita. Saudara kita ini bercakap Bahasa Melayu, makan nasi seperti kita, pakai baju melayu, baju kurung seperti kita, namun mereka sering dilupakan. Mereka yang penulis maksudkan adalah umat Islam di Selatan Thai.
Umat Islam di Selatan Thai sejak dahulu terus-menerus diselubungi dengan kesedihan dek kerana kekejaman kerajaan Thailand. Walaupun terkenal sebagai wilayah Islam yang melahirkan ramai ulamak melalui sistem pondok nya, wilayah di Selatan Thai telah dinodai kesuciannya oleh penguasa Thailand.
Lihat sajalah pembukaan pusat-pusat maksiat di Selatan Thailand. Hingga sekarang yang terkenal bukan lagi sekolah pondok, namun pusat pelacuran. Namun oleh kerana kita lebih ghairah dengan isu Palestin, maka kita sering lupa pada mereka.
Di sini penulis ingin berkongsi satu siri gambar yang penulis kutip dari sebuah laman web. Bersama lah kita ambil pengiktibaran.
Fakta kes:
- Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan (Sg Golok) ini meragut nyawa 11 orang yang tidak bersalah.
- Kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
- Kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
- Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.















Gambar diambil dari: JustKhai
Dagang Musafir Lalu…
Jul 18th
“saya telah merasai bagaimana pahit nya hidup di tempat orang. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya. ada terlebih baik di negeri saya. kajang pak malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu. dagang pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu…”
~damak…
Apa Perasaan Anda?
Jul 15th
Apa perasaan anda jika ayah anda dibogel di hadapan orang lain?
Apa perasaan anda jika ayah anda dipaksa melakonkan aksi persetubuhan bersama ibu anda di hadapan orang lain?
Apa perasaan anda jika ayah anda dipaksa untuk melakukan onani di hadapan orang lain?
Apa perasaan anda jika ayah anda dipaksa untuk memilih samada makan najis atau minum air kencing sendiri di hadapan orang lain?
Apa perasaan anda jika ayah anda di bakar janggutnya?
Apa perasaan anda jika ayah anda diludah dan dipaksa menghirup lidah itu?
Apa perasaan anda jika ayah anda dibogelkan dan dipaksa tinggal di dalam bilek yang sejuk?
Apa perasaan anda jika ayah anda diselam kepala ke dalam longkang di hadapan mata anda dan ibu serta adik beradik yang lain?
Apa perasaan anda jika ayah anda dilempang sehingga pekak?
Apa perasaan anda jika ayah anda diserkup kepalanya dengan tin dan tin itu kemudian di ketuk dengan kayu hingga ayah anda pekak?
Apa perasaan anda jika ayah anda diancam untuk diliwat dengan tiga orang menarik seluar ayah anda sambil seorang lagi membuka seluar untuk meliwatnya?
Apa perasaan anda jika ayah anda dilarang dari melakukan solat?
JIKA JAWAPAN ANDA ADALAH TIDAK KISAH, MAKA ANDA SOKONGLAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI / INTERNAL SECURITY ACT (ISA) DAN BERGEMBIRALAH APABILA AYAH ANDA DIJADIKAN MANGSA SETERUSNYA!
http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/

Oh, Mama Saya Mahu Kawen
Jul 5th
Menurut Buya Hamka yang menulis riwayat hidupnya, Kenang-Kenangan Hidup, terdapat satu kisah yang sangat menarik terjadi ke pada Imam Syafie, pemimpin Mazhab Syafie.
Pada suatu malam, ketika Imam Syafie bangun malam untuk bertahajjud, beliau terlebih dahulu menjenguk anak nya yang sedang tidur. Di selaknya selimut anak nya, dan kelihatanlah pakaian anak nya menegang pada bahagian kemaluan. Tahulah beliau bahawa anak nya itu sudah pun sampai ke tahap bernafsu kepada perempuan.
Maka keesokkan harinya, beliau terus mencari seorang isteri untuk anak nya itu. Tidak sanggup Imam Syafie membiarkan anak nya dibelenggu oleh nafsu maka dicari seorang untuk dikahwini bagi memberi ruang kepada anaknya membebaskan diri dari belenggu nafsu. Selagi anak itu tak mampu mencari nafkah sendiri, di bantu anak itu.
Begitulah akhlak seorang Imam Muktabar yang jarang sekali ada pada orang zaman sekarang. Orang zaman sekarang dilihatnya duit, duit, duit. Tak ada duit, tak dapat kahwin.
Itulah sebabnya baru-baru ini timbul kes 3 remaja di Malaysia melahirkan anak luar nikah tanpa dapat mengenal pasti siapa bapa kepada anak tersebut lantaran telah tidur dengan lebih dari seorang lelaki.
Berilah keizinan kepada si anak untuk berkahwin andai dia sudah tak sanggup menahan nafsu. Kalau dia dah dapat anak mak ayah juga yang gembira menimang cucu.
Bukankah itu lebih baik dari mendapat cucu luar nikah?
Wallahua’lam…
Dasar, Bukan Peribadi
Jul 3rd
Menyerang peribadi seseorang bukanlah perbuatan yang mulia. Ia tak lebih sekadar perbuatan yang meletihkan dan merugikan. Terlalu banyak aktiviti menyerang keperibadian dilakukan hari ini.
Penulis merasa kesal dengan sikap sesetengah pemimpin yang menjadikan serangan peribadi sesuatu yang mulia. Sungguh aneh kerana mereka ini kebanyakannya berpendidikan tinggi. Namun gemar mencemar peribadi orang lain.
Antara sasaran serangan peribadi yang popular tentulah para pemimpin. Kalau boleh, semua perkara peribadi pemimpin akan dibongkar untuk didedahkan. Penulis berasa agak pelik dengan sikap ini.
Pemimpin sekarang rata-rata telah menjadi pendokong fahaman Sekularisme. Antara mereka sedar atau tidak, mengaku atau tidak, itulah realitinya. Sekularisme menurut Zaid Ibrahim adalah berjuang tanpa menghirau rakyat apa bangsa nya, keturunan nya. Namun itu pendapat Zaid Ibrahim. Bagi penulis, Sekularisme adalah amalan membuang agama dari kehidupan.
Buat dasar, ikut kehendak akal, bukan kehendak agama. Setelah keputusan diambil, dikerah anggota bahawan untuk mencari dalil menghalalkan keputusan yang syubhah.
Oleh kerana pemimpin sekarang tak lebih dari boneka Sekularisme, apa yang kita mahu hairankan dengan peribadi mereka?
Mereka bukanlah perawi hadis yang perlu sempurna dari tiap segi. Mereka adalah golongan yang lalai dari suruhan agama. Namun ini tidak menjadikan mereka tak layak untuk memerintah.
Golongan pembaharuan Meiji di Jepun bukan beragama Islam. Namun mereka berjaya membuktikan kepimpinan mereka.
Suka penulis tekankan, jika pemimpin itu sudah terangan bukan pemimpin yang berjiwa Islam, buat apa kita hirau peribadi mereka? Mencaci peribadi mereka umpama menjirus air ke daun keladi. Tiada guna. Kita lah yang kelihatan bodoh.
Contoh mudah, Presiden Amerika, Barrack Obama. Obama adalah seorang pemimpin sekular. Perlukah kita berkempen memburukkan beliau jika beliau minum arak? Tidak perlu, bukan?
Yang perlu kita lawan, kita tentang, kita perhati adalah dasar nya. Baikkah dasar nya, atau burukkah dasar nya. Ini yang lebih utama.
Mengenai peribadi pemimpin ini, tak perlulah di”highlight” besar-besar ketika kempen pilihan raya. Cukuplah mereka ditegur secara persendirian. Peribadi mereka itu dosa mereka dengan Allah. Selagi mana ia tidak kena dengan orang lain, apa yang perlu dikisahkan. Apa yang perlu diheboh bila anak menteri minum arak? Apa yang perlu diheboh bila ada Senator suka karaoke?
Tak perlu membazir tenaga menyerang peribadi mereka. Serang lah dasar mereka, itu yang lebih utama.
Wallahua’lam.









Komen Terbaru