"Aku nelayan mengetuk dinding dewan terdengar geletar suara bahasa terseksa, terjerit sama kealpaan purba."
Archive for Oktober, 2008
Gelagat Manusia Istimewa Di Bukit Bintang
Okt 28th
Hari sabtu aritu aku ngan kawan-kawan gi jalan-jalan sekitar KL. Malam tu dalam kol 12.30 kitorang gi Bukit Bintang. Jumpe mamat ni:


MYTHBUSTED!
Okt 28th
Yup, mythbusted. You hear that loud and clear. Cerita mitos yang berlegar di alam Friendster:
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk”mencuci”haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
PENJELASAN:
Cerita ni adalah rekaan semata-mata. TIADA DADAH BERNAMA PROGESTEREX PERNAH WUJUD. Tiada pil untuk memandulkan kuda atau binatang besar lain secara kekal digunakan oleh veterinarian atau dijual di pasar, dan tiada kampus pernah melaporkan pelajarnya menjadi mangsa.
Jadi, hentikan menyalin mitos ini di Buletin Friendster atau mana-mana tempat lagi di muka bumi ni.
SUMBER:
Snopes.COM
WikiPedia
Istana Negara Baru?
Okt 19th
Aku dapat menda alah ni dari e-mail ayah aku. Lama dah ni. Sejak bulan 6 lagi. Jadi, kalau betul, betul lah. Kalau tak betul, buat bodoh aje lah ye.







WHAT MY CLASSMATES THINK OF ME:
Okt 8th
YOU ARE A BIT ANNOYING SOMETIMES… I MEAN JUST SOMETIMES… THE REST JUST FINE… I THINK YOU SHOULD BE MORE SENSITIVE WITH THE GIRL’S FEELING…
——————————————–
-SHUT YOUR MOUTH-
——————————————–
YOU ARE A NICE PERSON, BUT I WANT TO GIVE MY SINCERE OPINION ABOUT YOURSELF THAT IS QUITE NEGATIVE. ACTUALLY, I HOPE YOU CHANGE YOUR WAY IN ADVICE PEOPLE, MAKE SURE THEY DONT FEEL SAD. DONT INSULT OUR FRIEND IN FRONT OF OTHER PEOPLE. I HOPE YOU WILL CHANGE THE WAY YOU TALKED. AS A PIOUS-LOOKING PERSON, PLEASE SHOW US A GOOD EXAMPLE. WE RESPECT YOU AS OUR FRIEND, AND I HOPE YOU WILL DO THE SAME TOO. ANYWAY, I AM HAPPY TO HAVE YOU AS MY FRIEND.
——————————————–
FOR ME, YOU ARE QUITE A NICE PERSON. JUST THAT. SOMETIMES YOU TALKED TOO MUCH. TILL IT MAKES ME FEEL ANNOYED. BUT, SOMETIMES I JUST LOVE TO BE WITH YOU CUZ YOU ARE LIKE FUNNY GILER. LOVE TO CRACK JOKES. I LOVE TO HAVE YOU AS MY CLASSMATE + FREN.
——————————————–
SMART GUY!! SOSIAL MORE OK.
——————————————–
SERIOUSLY I’M ANNOYED WITH YOU! YOU ARE KIND OF “BIG MOUTH” AND “BAJET”.
——————————————–
YOU ALWAYS TALK WITHOUT THINK..
——————————————–
A GOODY TWO-SHOES, EXTRA-LARGE SELF CONSCIOUS AND BEWARE. SOMETIMES BECAUSE OF YOUR ATTITUDE, YOU WILL DOOMED.
——————————————–
JIWANG, KUAT TIDO.
——————————————–
FUAD KINDA LAZY!!! BUT SOMETIMES USEFULL
——————————————–
PLEASE TALK NICELY TO THE GIRLS AND BE MORE GENTLEMAN, AND!!! PLEASE DO NOT USE HARSH WORD K. TQ!!
——————————————–
I THINK YOU ARE A GOOD FRIEND
——————————————–
Catatan Bekas Pelajar SMKA… (Bahagian 1)
Okt 6th
Bahagian 1
Saya mulakan catatan ini dengan mengakui bahawa saya bukanlah layak sangat untuk digelar seorang pelajar lepasan SMKA. Mungkin pada sijil berhenti sekolah, saya dicatatkan sebagai keluaran SMKA Tok Jiring, tapi pada realiti, saya tidak berani mengaku saya bekas pelajar SMKA. Mungkin mereka yang tidak tahu saya lepasan SMKA, tidak akan menyangka bahawa saya lepasan SMKA. Saya juga rasa saya tidak layak untuk mewakili pelajar lepasan SMKA dalam menulis catatan ini, apatah lagi meletakkan status itu pada tajuk catatan ini. Tapi demi untuk memberi nasihat kepada adik-adik saya di SMKA, saya terpanggil untuk menulis beberapa perkataan, sekadar berkongsi pengalaman suka dan duka di IPTA terbesar di Malaysia, UiTM. Walaupun saya bukanlah seorang yang alim atau warak, tapi terdapat beberapa perkara yaang saya rasa, penting untuk saya berkongsi dengan adik-adik semua, bagi mengelakkan adik-adik mengalami kejutan budaya, kerana yang ada di Menara Gading itu bukan semuanya baik… Seperti kata pepatah, indah khabar dari rupa…
Saya menjejakkan kaki ke bumi UiTM Shah Alam pada tanggal 28 Jun 2008 dengan hati yang berat. Apa tidaknya, selama ini selalu disogokkan dengan 1001 cerita mengenai budaya liar di IPT, terutama UiTM yang sering menjadi juara bagi aktiviti kurang bermoral. Bukanlah niat saya ingin memburukkan universiti saya sendiri, tapi inilah yang sering ditanam di fikiran anak-anak melayu sekarang. UiTM, Universiti Maksiat. Walaupun dari satu segi, mungkin ada betulnya, tapi rasanya tidak adil untuk menjatuhkan maruah UiTM kerana semua IPT ada masalah moral. Samada dihebohkan, atau tidak. Tapi mungkin kerana UiTM itu ada diseluruh negara dan hampir semua pelajarnya Melayu Islam, maka apa sahaja kesalahan akan diperbesarkan. Inilah yang menyebabkan saya merasa berat hati untuk ke UiTM. Malah saya tidak rasa gembira langsung untuk melanjutkan pelajaran di sini tatkala beribu-ribu pelajar gagal untuk mendapatkan tempat ke IPT. Semangat “the chosen people” langsung tiada dalam diri saya ketika itu. Walaupun saya tetap redha, tapi manakan boleh saya menipu diri sendiri. Benci tetap benci, walau apa pun alasannya. Tapi lama kelamaan, saya berjaya juga menghilangkan kebencian itu dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya juga berfikir, mungkin ini satu hukuman dari Allah kerana saya lalai dan tidak menghargai peluang yang diberikan oleh Allah selama berada di SMKA dulu.
Banyak perkara baru yang saya lihat dan alami di sini. Ada yang baik, ada juga yang buruk. Malah ada yang membuatkan saya ingin sahaja pulang ke rumah dek kerana teruknya perkara itu. Antara yang saya pelajari dengan pantas, di sini tiada siapa yang sanggup menjaga kita. Baik buruk semua ditentukan kita sendiri. Tiada lagi ayah untuk menegur, tiada lagi ibu untuk berleter, tiada juga ustaz dan ustazah untuk mendenda kita. Semua kita lakukan dengan inisiatif sendiri. Solat juga tidak wajib berjemaah, bukan seperti di SMKA dulu. Kuliyah agama juga tiada yang menyuruh atau mengajak, bukan sebagaimana di rumah, sewaktu bersama dengan ayah. Jika lalai, lalailah kita di sini. Hati sendiri yang menentukan mana arah tuju, bukan lagi menurut kata orang lain. Di rumah dan SMKA mungkin kita ada penjaga, tapi di sini yang menjaga hanya Iman… Kuat Iman, selamat, tapi lemah Iman, hancur… Begitulah yang saya pernah alami di sini. Walaupun baru seketika saya berada di sini, tapi saya sudah boleh mengenali budaya baru, suasana di Menara Gading yang penuh dengan ranjau duri… Tapi sebagaimana sepohon mawar, disebalik duri itu terselit sekuntum bunga harum… Jika kita berhati-hati, dapatlah disunting bunga itu… Tapi dalam berhati-hati itu, pasti ada yang menusuk jari… Itulah rentak dunia, ada masa senang, ada masa susah.
IPT itu tempat pertemuan pelbagai manusia dari segenap bumi Malaysia. Maka, sudah tentulah pelbagai ragam yang dibawa bersama. Ada yang baik, ada juga yang buruk. Malah ada yang sampai ke tahap menjijikkan. Dan saya sendiri pernah mendengar pengakuan dari seorang pelajar di sini, yang dengan bangganya mengaku dirinya songsang. Alangkah mudahnya melafaz kata yang jijik. Sedangkan binatang pun tidak songsang, inikan pula manusia yang dikurniakan Allah dengan akal. Malangnya akal yang membawa ke IPT itu tidak diguna untuk memikir tentang jijiknya amalan nya itu. Pengakuan ini lah yang mengejutkan saya dari mimpi indah di IPT. Tidak pernah saya mengalami pengalaman sebegini. Jantung ini berdetap-detap, ingin saja diri ini pulang ke rumah, lari dari Menara Gading yang kononnya menjanjikan sebuah platform perkongsian ilmu. Tapi jika begitulah perangainya, maka lebih baik ilmu itu dibuang sahaja ke laut. Tapi itulah realiti, kaum nabi Lut ini masih wujud, malah semakin bangga sehingga sanggup digelar “kakak”. Akal waras manakah yang sanggup menerima budaya jijik begini. Jika pengakuan berzina, mungkin boleh diterima lagi, kerana sudah fitrah, jantan sukakan betina. Tapi jantan sukakan jantan? Amat-amat jijik dan menggerunkan. Inikah bakal pemimpin negara masa hadapan? Lebih menyayat hati, inikah bakal pemimpin Islam? Nauzubillah…
Bersambung…
Usop Sontorian: Meriam Buluh
Okt 1st
Nostalgia
Hohoho.. Akhirnya aku jumpa jugak kartun fevret aku ni. Dulu selalu aku tunggu kat TV. Tapi kalau tak silap pukul 7. Jadi ade gak la miss.. Sebab Maghrib mana bleh bukak TV.. hehe.. Enjoy, kisah pasal hari raya..
Tagged??
Aku rasa dah 3 kali aku kena tag. Tapi aku tak sempat lagi nak buat. Sabar ye para penyetag sume. Hehe..








Komen Terbaru