Audio Visual

Suara Dari Dinding Dewan [video]

“Suara dari dinding dewan… sayup tapi nyata…”

Mahasiswa Malaysia Menurut Media Indonesia

“…mahasiswa yang katanya sebagai agen perubahan tidak lebih dari orang bodoh, yang buta dan tuli.”

Dagang Musafir Lalu…

“saya telah merasai bagaimana pahit nya hidup di tempat orang. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya. ada terlebih baik di negeri saya. kajang pak malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu. dagang pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu…”

~damak…

Akaun YouTube

Mengandungi video-video kuliyah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta tokoh-tokoh lain.
Juga mengandungi klip video fakta sejarah yang menarik.
Turut memuatkan video politik tempatan.

Dikir Barat Siang Malam

Senario – Dikir Barat Siang Malam

Ini dikir barat, dikir barat siang malam
Dikir ramai-ramai abang-abang adik kakak

Ada yang bangun pagi-pagi
Sebab nak buka pintu rezeki
Berniaga jual nasi… bila malam nanti
Kerja sambilan membawa teksi

Cari duit di siang hari
Buang duit di malam hari
Jangan jadi begini… jangan main judi
Tabiat lama jangan ulangi

Tiap hari pagi, petang, siang, malam
Ada pasang surut, timbul dan tenggelam
Ada ketawa, ada menangis, ada yang muram
Muram… suram

Siang hari jalan raya penuh sesak
Kenderaan berasak-asak
Pada malam hari jalan jadik sunyi
Lumba haram pun beraksi

Bila di tangkap semua ke balai
Emak bapak tak sampai-sampai
Tunggu sampai pagi setelah dijamin
Pulang rumah jalan kaki

Tiap hari pagi, petang, siang, malam
Ada pasang surut, timbul dan tenggelam
Ada ketawa, ada menangis, ada yang muram
Muram… suram

Siang-siang hari dia kerja buat rumah
Malam-malam hari jangan kerja pecah rumah
Siang-siang hari dia kerja buat rumah
Malam-malam hari jangan kerja pecah rumah
Ini dikir barat, dikir barat siang malam
Ini dikir barat, dikir barat siang malam

Cari duit di siang hari
Buang duit di malam hari
Jangan jadi begini… jangan main judi
Tabiat lama jangan ulangi

Tiap hari pagi, petang, siang, malam
Ada pasang surut, timbul dan tenggelam
Ada ketawa, ada menangis, ada yang muram
Muram… suram

Siang hari jalan raya penuh sesak
Kenderaan berasak-asak
Pada malam hari jalan jadik sunyi
Lumba haram pun beraksi

Bila di tangkap semua ke balai
Emak bapak tak sampai-sampai
Tunggu sampai pagi setelah dijamin
Pulang rumah jalan kaki

Tiap hari pagi, petang, siang, malam
Ada pasang surut, timbul dan tenggelam
Ada ketawa, ada menangis, ada yang muram
Muram… suram

Teman Sejati

member_5n

La Khauf – Satu Hati

Bilakah lagi…
Kita semua satu hati…
Bilakah lagi..keamanan kan dikecapi..
Bilakah lagi..Islamkan dijulang tinggi…
Bangunlah wahai ummah kita satu hati….

Oh marilah..
Bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
Oh insan sedarlah…
pembalasan tuhan pasti akan datang…
Jangan takut!
Jangan takut!
Berjuangalah untuk keamanan

———————————--
Lagu yang sangat best bagi aku. Lagu bertemakan jihad menegakkan daulah Islamiyahh. Video klip ni berlatarkan suasana di Terengganu. Aku hairan dengan apa yang berlaku di negeri kelahiran ku ini. Semasa UMNO memerintah sejak merdeka, tidak putus-putus royalti diberi. Tapi bila sahaja PAS mengambil alih selepas PRU-11 1999, terus royalti jadi duit ihsan. Kenapa wang ihsan? Kerana jika royalti, duit akan diurus oleh kerajaan negeri. Jadi kerajaan PAS dapat laksana pembangunan seperti mana UMNO buat. Jadi UMNO cukup takut jika ini berlaku kerana dengan keikhlasan pimpinan kerajaan negeri pimpinan PAS, boleh jadi pembangunannya lebih hebat dari yang dilakukan UMNO (bertahun UMNO memerintah, Terengganu tetap negeri miskin walaupun minyak melimpah ruah). Tapi dengan wang ihsan, UMNO yang akan pegang duit.

Di sini, ada 2 keadaan yang boleh aku simpulkan:

Terengganu memang layak dapat royalti, jadi kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional memang JAHAT bila memotong pemberian royalti dengan menggantikannya dengan wang ihsan.

Kedua, Terengganu memang tak layak dapat royalti, jadi kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional memang BODOH kerana tersilap bagi royalti kepada Terengganu berpuluh-puluh tahun.

Royalti itu hak rakyat Terengganu, tapi bagaimana UMNO boleh nafikan hak ini? Memang sekarang sudah dapat balik, tapi bagaimana dengan semasa PAS memerintah? Di akhirat, bersediakah pemimpin BN mencari semua rakyat Terengganu yang telah dinafikan hak ini?

Itu isu royalti. Satu lagi, isu JKKKK. Selepas PAS ambil alih, PAS bubar JKKKK, dan menubuhkan JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat). Tapi malangnya, dengan tiada rasa malu, UMNO tetap gila kuasa terus dengan JKKKK. Ini lah satu lagi kebodohan UMNO yang penuh dengan sikap dendam. Ya, memang PAS juga banyak kekurangan, tapi bagi aku, UMNO terlalu banyak kekurangannya.

Isu rombak masjid Bujal. Terlalu JAHAT. Bagaimana seorang yang mengaku Islam, boleh tergamak merobohkan rumah Allah? Dah la projek itu dah 70% siap. Bahkan duit masjid tu hasil dana orang ramai. Sekali lagi, bersediakah pemimpin UMNO mencari mereka yang menyumbang dalam dana masjid tu di akhirat kelak? Ingatlah, dosa dengan Allah, kita boleh taubat secara direct, dan Allah Maha Pengampun. Tapi dosa dengan manusia? Selagi tidak diampun, selagi itu berdosa. Jika amalan kita banyak, tak mengapa, boleh tebus di akhirat. Tapi jika amalan sedikit? Mintak ampunlah wahai pemimpin-pemimpin… Jangan ingat terlepas di dunia, akhirat akan terlepas. Projek apa yang nak dibuat di RTB Bujal sampai tak boleh bagi kelulusan untuk orang buat masjid di situ? Mengaku sajalah, anda memang HATI BATU. Ambillah pengajaran dari azab Allah ke atas individu yang terlibat dalam merobohkan masjid Babri di India. Mereka semua dibutakan oleh Allah.

video rombak masjid:

Isu Ayah Pin pulak, menyerlahkan kebodohan pemimpin UMNO. Macam mana jabatan agama kata tak cukup bukti nak dakwa Ayah Pin. Seluruh negara dah tengok bagaimana orang-orang hindu puja Ayah Pin. Tak kan orang pejabat agama tak tengok lagi VCD Ayah Pin kot? Ewah, masa orang PAS kena tembak, cepat pulak dakwa mereka sebab mengancam polis. Tapi Ayah Pin yang mengaku tuhan? Sekali lagi timbul tanda tanya. Adakah kerana Ayah Pin tak ancam keamanan kerajaan BN, jadi dia tak ditahan? Sungguh bodoh dan bangang.

Kenyataan Ramli Nuh: Ramli Nuh kata JHEAT Tidak Mampu Buktikan Ayah Pin Sesat

Ini saja aku nak komen dan tulis mengenai nasib negeri Terengganu Darul Iman. Semoga pemimpin yang khianat, tak kira dari parti mana sekalipun, mendapat hidayah dari Allah. Wallahua’lam..

Usop Sontorian: Meriam Buluh

Nostalgia

Hohoho.. Akhirnya aku jumpa jugak kartun fevret aku ni. Dulu selalu aku tunggu kat TV. Tapi kalau tak silap pukul 7. Jadi ade gak la miss.. Sebab Maghrib mana bleh bukak TV.. hehe.. Enjoy, kisah pasal hari raya..



Tagged??

Aku rasa dah 3 kali aku kena tag. Tapi aku tak sempat lagi nak buat. Sabar ye para penyetag sume. Hehe..