Santai

Cuti 3 Bulan…

Alhamdulillah.. Setelah selamat menjejak kaki ke bandar Kuala Terengganu, bermula lah cuti panjang penulis setelah hampir 4 bulan bergelar mahasiswa di UIAM. Semester yang agak memenatkan dan juga penuh ke”lagho”an. Esok (20 April) keputusan peperiksaan akhir akan dikeluarkan. Bagaimana agaknya ya?

Sekarang penulis masih merancang apa yang ingin dilakukan sepanjang cuti panjang ini. Minggu depan InsyaAllah akan ke Melaka bersama keluarga. Sudah lama penulis tidak merasa bersiar bersama keluarga di luar Terengganu. Ini kali pertama, mungkin selepas lebih dua tahun.

Mungkin masa cuti bakal dihabiskan dengan membaca buku-buku yang dibeli, dipinjam, sepanjang semester yang lepas. Agak banyak. Tak pasti samada mampu atau tidak menghabiskan semuanya.

Namun hajat penulis, biarlah sehabis cuti panjang ini, penulis mampu untuk membentuk pandangan alam Islam, mendapat ilmu yang asas bagi Fiqh Haraki, sirah nabawiyyah, dan lain-lain.

Namun dengan internet dan televisyen percuma, entah siapa tahu apa berlaku sepanjang cuti…

wallahua’lam…

menyusuri keindahan sungai klang

Pada 14 November yang lepas, penulis berkesempatan untuk merayau di sekitar hutan batu Kuala Lumpur setelah 2 minggu berhempas pulas menduduki peperiksaan akhir. Penulis bersama sahabat baik, Imran, juga pelajar undang-undang namun dari Universiti Malaya. Kami membuat keputusan untuk mencari kelainan dalam eksepedisi kali ini iaitu dengan berjalan kaki sahaja, tidak menaiki bas atau komuter. Kami berjalan dari KL Sentral menuju ke Pasar Seni. Sesat lah juga ke Daya Bumi sedangkan Pasar Seni depan mata sahaja. Ini lah akibat bila semua nak harap komuter. Huhu..

Dalam perjalanan, kami sempat singgah sebentar di sungai Klang. Terpesona dengan keindahan mural yang dihasilkan oleh para seniman tak bernama. Lukisan-lukisan ini sering dianggap kotor oleh penguasa. Bagi yang buta seni, tiada nilai pun lukisan sebegini. Hanya sekadar contengan budak-budak nakal. Bagi mereka seni hanya terletak di Galeri Petronas, Muzium Kesenian Islam. Mana ada “class” seni di tepi sungai yang keruh sebegini.

Lukisan yang dihasilkan tanpa izin dari penguasa ini lebih popular dengan nama “graffiti“. Graffiti menurut wikipedia bermaksud apa-apa contengan seperti lukisan atau tulisan yang ditonjolkan di tempat-tempat awam.Seni ini sering dikaitkan dengan aktiviti vandalisme. Dan penulis pernah terkilan membaca kebebalan seorang wartawan Kosmo! yang mengutuk lukisan-lukisan ini dan mengatakan bahawa ia mencacatkan pemandangan. Benarkah?

Bagi penulis, graffiti yang dihasilkan oleh anak-anak muda ini lebih menarik berbanding dengan dinding yang penuh dengan daki dan lumut. Bukankah graffiti ini membantu mewarnai persekitaran ibu kota? Bukankah ini lebih baik dari membuka tender buat kroni untuk mengindah Sungai Klang? Seni ini dihasilkan tanpa bayaran. Anak muda ini hanya ingin meluahkan apa yang mereka rasakan, bukan sesuka hati ingin menconteng dinding. Cuba fikir logik. Jika anak muda ini ingin mempamerkan hasil karya mereka, bolehkah ia dipamerkan secara percuma di Galeri Petronas? Di PWTC? Mereka tiada duit untuk menyewa ruang pameran. Jadi di dinding ini lah mereka menghasilkan karya agung mereka. Di sini penulis suka untuk berkongsi sedikit sebanyak “hasil” yang penulis dapat sepanjang menyusuri Sungai Klang.

bila cinta bersemi... from subang to bp... (seburuk mereka pun, menulis jawi tahu. wartawan kosmo?)

berbakti dengan kemahiran yang dimiliki...

More >

indahnya alam mahasiswa…

Indah sungguh hidup sebagai mahasiswa. Lebih-lebih lagi bagi seorang perantau. Jauh dari keluarga, ibu, ayah, saudara, kawan sekampung. Semua bagaikan asing. Baru lihat dunia luar.

Hidup sebagai mahasiswa memang sangat mencabar. Ketika inilah kita belajar apa itu persahabatan. Sahabat yang setia menyokong walau semua menentang. Sahabat yang setia membantu walau semua memulau.

Ketika bergelar mahasiswa ini lah, kita belajar apa itu makan roti yang dah 2 minggu luput.

Ketika bergelar mahasiswa ini lah, kita belajar apa itu makan sebuku roti sahaja selama seminggu.

Ketika bergelar mahasiswa ini lah, kita belajar apa itu meniru tanda tangan mak ayah untuk jadi penjamin.

Sungguh indah. Sungguh indah.

nota: Penulis akan menduduki peperiksaan akhir semester satu pada minggu hadapan. Doakan agar penulis berjaya dunia akhirat…

Ya Rabbi…
Permudahkan lah urusan ku untuk menjawab peperiksaan akhir nanti…
Datangkan lah ilham mu kepada ku untuk membantu ku…
Bentangkan ilmu mu kepada ku untuk membantu ku…
Pandu lah tangan ku untuk membantu ku menulis dengan betul…
Lancarkan penulisan ku agar yang mereka yang menyemak nya faham apa yang ku ingin sampaikan…
Lembutkan lah hati mereka yang akan menyemak nya…
Aku sudah bersusah untuk mencari ilmu, kau permudahkan lah pula kepada ku untuk mencari Syurga mu…
Wahai yang membolak balek kan hati…
Tetapkan lah hati ku untuk kekal mentaati mu….

Amin…

Merakam Lailatul Qadar?

Kata pensyarah ku, kenapa tiada siapa yang pernah mengalami Lailatul Qadar merakam fenomena aneh yang berlaku ketika itu?

Kata ku (sekarang, bukan semasa di kelas. hehe..), Lailatul Qadar itu ditemui oleh mereka yang sangat suci. Tidak munasabah bagi orang yang suci ini untuk membazirkan masa mereka mencari dan memasang kamera untuk merakam suasana yang sekejap itu.

Sudah tentu mereka memilih untuk menghabiskan masa yang sekejap itu untuk berhubung dengan Kekasih mereka, bukan?

Wallahua’lam…

Selamat Maju Jaya!

Selamat maju jaya buat rakan-rakan yang menduduki pelbagai ujian di menara gading. Tak lupa juga buat adik-adik yang akan menduduki percubaan SPM dan PMR. Kalian sudah bersusah mencari ilmu, semoga Allah mempermudah jalan kalian mencari syurga…

20 Cara Untuk Jadikan Roommate Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat mcm x nmpk apa2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

http://www.peroduavivaclub.com/index.php?topic=4342.msg96841

Homepage YaHoO! Yang Best

yahoo

Bagi umat manusia yang kaki internet, mesti korang tau apa tu Homepage, Bookmark dan segala macam kan? Pernah tak korang terpandang di bucu browser korang, “Add YaHoO! As Your Homepage”? Mesti pernah kan? Lebih-lebih kalau korang baru install browser internet ataupun baru format balik PC atau jugak korang beli PC baru. Biasanya ingatan tu akan muncul pada kali pertama korang masuk ke laman YaHoO! dan bila korang dah terpengaruh untuk set kan homepage ke YaHoO! maka automatik ia akan hilang . 2 laman iaitu YaHoO! dan jugak Google! adalah pilihan utama bagi aku dalam menentukan homepage.

Bagi aku, 2-2 sama menarik sebab ada search engine. Aku suka dan hanya mempercayai 2 laman ini untuk dijadikan sebagai search engine ku. Aku jarang dan akan mengelak dari menggunakan search engine lain. Dan membuat pilihan antara 2 laman ni kadang-kadang memeningkan kepala sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Bagi YaHoO!, kelebihannya adalah design yang pelbagai dan agak menarik. Bagi Google! pula, design yang ringkas membuatkannya ringan dan amat efisien bagi aku yang punya line internet “paling laju” di kampung ku.

Walaubagaimanapun, antara dua laman ni, aku lebih berminat untuk menjadikan YaHoO! sebagai homepage. Kenapa? Ada alasannya. Perasan tak korang, dalam homepage YaHoO!, mesti ada diorang selitkan dengan informasi dari YaHoO! News? Bagi aku, kadang-kadang, aku rajinkan diri tengok homepaga YaHoO! ni. Kenapa? Sebab kadang-kadang informasi nya pelik dan sangat menarik dan amat jarang sekali muncul di akhbar tempatan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang hanya pandang sebelah mata sahaja informasi tu sebab selalunya mereka menyiarkan berita tentang perihal yang berlaku di Amerika sahaja ( YaHoO! America). Tapi, kalau kita rajin bukak sebelah lagi mata tu, mesti akan dapat jumpa informasi-informasi menarik dan kadang-kadang sangat berguna. Sejak mengetahui keistimewaan YaHoO! ni, aku akan luangkan secebis masa untuk tinjau dulu apa yang menarik di situ.

Antara yang menarik perhatian aku:

The jobs people admire most

The best and worst tech products of 2008

Ancient ‘computer’ rebuilt

Major Internet Explorer flaw

10 Weird Forms of Human Transportation

Musicians’ real names

The biggest flops of 2008

Real reason for yawning

Over 1,000 species found

5 high-paying green jobs

Walaupun kadang-kadang maklumat dalam url ni langsung tak ada kena-mengena dengan aku, tapi membacanya masih satu perkara yang menarik. Selalunya aku baca sepintas lalu sahaja tapi jika tajuknya amat menarik dan rata-ratanya berkenaan dengan IT, aku akan luangkan sedikit masa membaca. Jadi, rajin-rajinlah jenguk homepage YaHoO! korang tu ye. Ki3.. :P