"Aku nelayan mengetuk dinding dewan terdengar geletar suara bahasa terseksa, terjerit sama kealpaan purba."
Bedah Buku
dengan kebajikan kita memenangi mereka!
Feb 14th
Baru-baru ini penulis berpeluang untuk membaca karya Farish A. Noor, qur’an and cricket: Travels through the madrasahs of Asia (and other stories). Buku ini menceritakan pengalaman Farish menjelajah ke pelusuk dunia seperti Indonesia, Mesir, India dan Belanda. Antara perkara menarik yang diceritakan oleh beliau adalah mengenai kegigihan para pejuang Islam di Kashmir dan Indonesia membanting tulang membantu masyarakat setempat dalam memenangi hati mereka dan seterusnya mendapatkan sokongan mereka.
Ini lah sebenarnya gerak kerja kebajikan yang sepatutnya kita contohi. Kita mesti muncul di tengah khalayak dan berbakti kepada mereka. Setiap masa, bukan hanya menjelang pilihan raya sahaja. Banyak yang boleh kita buat. Gotong-royong bersihkan kampung, berjaga di sekitar kampung, membersihkan kubur, dan sebagainya.
Aktiviti sebegini akan memperkenal kita kepada anggota masyarakat dan mereka akan member kepercayaan kepada kita. Kita membantu mereka hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Jika kita mampu melakukan perkara sebegini, InsyaAllah, masyarakat tidak ada alasan untuk menolak kita.
“… nobody can deny the fact that the Islamists were the first on the scene, and that their activists were the bravest, toughest and most committed among the rescuers. Stories abound of how Islamist activists threw themselves into the rubber of Muzaffarabad and dug the victims out, with tooth and nail. Armed with little more than their faith in their struggle, they scaled the mountains of Kashmir and were the first to reach the most isolated villages in the upper region. They were the first to use donkeys and mules to get to villages that were cut off by broken roads. They were the first to construct their own makeshift rafts and to transport much needed medicine and supplies to villages upriver, braving the glacier waters of the great Jheelum and Kishan Ganga rivers that run through the valley.”
Vale of Tears (Kashmir, 2006)
“See that big drain that cuts through our kampong? Before the Pesantren was built it was basically everyone’s dustbin and toilet! You could smell the stink right across town. But the Pesantren people cleaned it up. They provided watchmen and guard patrols at night. They built the roads, cleaned the alleys, sorted out the electricity supply and all other things that nobody cared to do. That’s why we are grateful to the Pesantren, even if Ba’shir is there. Did the Americans do that? Did the Australians do that? Why doesn’t John Howard come here and clean our drains for us?”
Santri: Another Look at the Pesantren al-Mukmin of Abu Bakar Ba’ashir (Surakarta, May-June 2007)
Wallahua’lam…
Pertama Kali Membaca Karya SIS
Ogo 29th

Sudah lama saya mengkhatamkan buku ini. Buku yang sekian lama dicari akhirnya bertemu juga di Darul Hikmah UIAM. Buku yang sangat menarik, kerana ia ditulis oleh orang kuat SIS, Zainah Anwar. Bagi yang belum membacanya, maka sudah tentu agak terkejut bagaimana Zainah Anwar boleh menulis buku sebegini.
Seolah-olah pejuang hak kesamaan gender ini meraikan pula Jamaah Islamiyyah di kampus-kampus yang terkenal dengan keshadidan mereka. Begitulah juga tanggapan awal penulis terhadap buku ini. Namun setelah membacanya, lain pula tanggapan.
Buku ini berbicara mengenai kebangkitan semangat Islam di kalangan mahasiswa dalam dan luar negeri. Mengenai bagaimana dari golongan “dagang”, mahasiswa-mahasiswa ini akhirnya berjaya menjadi kelompok dominan di kampus-kampus.
Sejarah ini tidaklah asing bagi penulis kerana sudah membaca bahan yang ditulis lebih teliti iaitu tulisan Abang Ridhwan dan juga buku Ustaz Riduan Mohd Nor.
Yang paling menarik minat penulis adalah bagaimana diceritakan kegelisahan kelompok sekular, liberal, modernis menghadapi gelombang Islam. Dan penulis sangat terkejut mendengar betapa radikalnya mereka membantai semangat Islam di kalangan pelajar.
Sikap shadid pelajar yang pantas membantah segala aktiviti maksiat di kampus sangat menggusar hati golongan establishment. Bagi mereka, golongan pelajar ini adalah golongan yang mencetus suasana tidak sihat di kampus. Maka direncanakan pelbagai taktik untuk memasung ruh Islam di kalangan pelajar.
Antaranya, mereka merubah sistem pemlihan jawatan kuasa koleh yang menyebabkan kelompok Islam tumbang secara perlahan-lahan. Dan golongan establishment juga agak mengarut apabila reka bentuk surau koleh juga diubah atas alasan membendung ruh Islam. Dari surau berpintu kayu, mereka menukarnya dengan surau yang berdinding kaca bagi memboleh kan pemantauan dibuat ke atas sebarang perkumpulan pelajar.
Dan diceritakan juga bagaimana pengalaman para pelajar menghadapi arus Islam ini. Ada yang berenang bersama arus, ada yang menentang arus, ada juga yang tak tahu ingin berenang bersama atau menentang.
Zainah Anwar agak licik dalam menyembunyikan pemikirannya. Di akhir pembacaan sahaja anda akan menyedari bahawa dia sedang menyebarkan fahamannya. Secara halus diceritakan sikap pelampau dalam diri pelajar yang mahukan Islam. Walaupun penulis bersetuju dengan adanya sikap shadid tak bertempat, namun cara penulisan ini dibuat seolah golongan mahasiswa Islam ini seperti Taliban di Afghanistan.
Akhir kata, carilah buku ini di perpustakaan awam atau kedai buku berhampiran. Dan kajilah bersungguh-sungguh kerana banyak yang boleh dipelajari dari buku ini.
Wallahua’lam.
Minta Tolong…
Mac 27th
Salam… Sebenarnya saya sekarang sedang mencari karya-karya menarik di bawah ini. Jika anda ada maklumat di mana saya boleh mendapatkan karya-karya ini, diharap anda dapat memaklumkan saya. Kalau boleh, biarlah tempat itu berada di kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur atau Kuala Terengganu. Terima kasih saya dahulukan.
1 – Mahasiswa Menggugat (Mohamad Abu Bakar)
2 – Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan (Mohamed Salleh Lamry)
3 – Cermin Penghidupan (HAMKA)
4 – Laut Tak Biru Di Seberang Takir (T. Alias Taib)
5 – Di Sisi Pelita Minyak Tanah (T. Alias Taib)
Semoga Allah membalas jasa budi anda yang membantu saya.
Wallahua’lam.
Pengajaran Dari Merantau Ke Deli (HAMKA)
Jan 30th

Merantau Ke Deli merupakan salah satu karya Buya Hamka yang sarat dengan pengajaran bagi umat manusia. Disarankan kepada semua insan yang bergelar manusia terutama yang sudah bergelar suami kerana kisah ini berkisar tentang tugas dan tanggungjawab seorang suami. Rumusan ku:
Perbuatan kita hari ini, mungkin tak berbekas pada hari ini, namun boleh jadi ia menghantui kita, pada kemudian hari. Apakah kita yakin, apa yang kita lakukan, apa yang kita perkatakan, akan menjadi rahmat, atau menjadi kecelakaan? Hari ini kita bisa mengatur kata, mengatur langkah, tapi esok hari, bila pembalasan itu datang, kita sudah tua, sudah hilang daya kita, maka yang timbul hanya sesalan… Masih adakah peluang untuk membetul segala kecurangan???
Sekian, Wallahua’lam…








Komen Terbaru