images

Makna Pindaan AUKU Kepada Mahasiswa UIAM

0

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tentang perancangan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti telah menimbulkan reaksi yang pelbagai. Ada yang mengalukan, ada yang skeptikal, dan ada juga yang menganggapnya sebagai sekadar cakap kedai kopi.

 

Masalah Akta Universiti & Kolej Universiti

Seksyen 15 AUKU (Pindaan 2009) menyebut,

 

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau

di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam

atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding

dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib

Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan

kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan

boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau

di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam

atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding

dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib

Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan

kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan

perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau

di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam

atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan

orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah

perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai

demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau

Universiti itu.

Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 9

(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara

akademik yang berhubungan dengan perkara

yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau

penyelidikannya; atau

(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut

dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium

atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan

atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama

ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana

pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang

menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau

di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan

atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri

di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak

sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar

atau Universiti itu.

(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah

diuruskan mengikut seksyen 16.

 

Sejak sekian lama, Seksyen 15 AUKU ini dilihat sebagai bahagian yang paling bermasalah, kerana ia menghalang hak mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian. Seksyen 15 sebelum pindaan turut menghalang penyertaan mahasiswa dalam mana-mana NGO. Walaupun terdapat pengecualian, ianya seperti tiada makna kerana pengecualian itu harus mendapat kebenaran dari Naib Canselor Universiti, dan seperti kita sedia maklum, untuk menjadi Naib Canselor di Malaysia harus mendapat persetujuan dari parti pemerintah. Maka siapa agaknya dari kalangan Naib Canselor yang sudi memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk menyertai parti pembangkang? Sudah tentu jawapannya susah untuk ditemui.

 

Seksyen 15 AUKU diabsahkan sejak sekian lama dengan pengecualian yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap batasan kepada hak untuk berpersatuan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10. Atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam, Parlimen diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang membataskan kebebasan ini. Dan begitulah yang berlaku terhadap AUKU.

 

Walaubagai manapun, Mahkamah Rayuan dalam kes UKM4 telah membuat keputusan yang menarik apabila mengisytiharkan Seksyen 15 ini sebagai tidak sah dan tidak menurut perlembagaan. Menurut mahkamah, sekatan yang dikenakan menerusi AUKU ini langsung tidak mencerminkan tujuan sebenar batasan yang diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Penghakiman ini sememangnya memberi makna baru kepada politik mahasiswa. Walaupun kerajaan telah mengambil keputusan untuk membuat rayuan, keputusan mahkamah ini tetap memberi impak buat kuasa kerajaan. Sekian lama mahasiswa terpaksa akur dengan AUKU atas alasan ianya undang-undang yang sah, maka sekarang mahasiswa boleh mendabik dada bahawa sejak mula, mereka berada di pihak yang benar.

 

Makna pindaan AUKU kepada mahasiswa UIA

 

Pindaan kepada Seksyen 15 AUKU ini bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa bergiat aktif dalam politik kepartian. Walaupun realitinya mahasiswa telah lama bergiat aktif dalam politik kepartian, namun ia lebih kepada berselindung di bawah selimut persatuan yang pro kepada parti tertentu. GAMIS dan GPMS contohnya. Dengan terlerainya ikatan ini, sudah tentu mahasiswa bebas untuk mengisytiharkan kecenderungan politik mereka. Usah terkejut jika satu masa nanti akan diadakan sidang akhbar mengumumkan kemasukan beramai-ramai mahasiswa ke dalam parti politik tertentu. Taktik yang sering diguna pakai oleh pembangkang mahupun kerajaan.

 

Bagi mahasiswa di UM, UKM, UPM dan lain-lain IPTA, sudah tentu pindaan ini sungguh bermakna buat mereka. Tapi bagaimana dengan mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM? Adakah pindaan ini akan merubah hidup mereka? Adakah kebebasan yang bakal dirasai oleh mahasiswa di IPTA itu akan turut dirasai oleh mahasiswa-mahasiswi di Taman Ilmu & Budi? Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, penting untuk kita merujuk kepada undang-undang yang berkaitan. Yang paling penting, Perlembagaan Universiti dan AUKU itu sendiri serta Peraturan Disiplin Pelajar UIAM.

 

Menurut AUKU,

 

Akta tidak terpakai kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah triti, dsb.

5A. (1) Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusi

pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkan

ditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di-

Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusi

pelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau Kolej

Universiti di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang

disiarkan di dalam Warta membenarkan penubuhan sesuatu

institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama

atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa ia akan ditubuhkan

menurut sesuatu triti, perjanjian atau konvensyen antara Malaysia

dengan mana-mana negara lain atau menurut mana-mana

perjanjian antara Malaysia dengan sesuatu organisasi

antarabangsa.

 

Peruntukan ini merupakan satu pengecualian perundangan untuk mana-mana universiti yang ditubuhkan melalui perjanjian atau konvensyen. Dengan adanya peruntukan ini, universiti yang berkaitan tidak akan tertakluk kepada mana-mana peruntukan di bawah AUKU. Dengan erti kata lain, sebarang penggunaan mana-mana peruntukan di bawah AUKU kepada universiti berkenaan adalah tidak sah.

 

Adakah ini bermakna UIA tidak tertakluk kepada AUKU dan bebas menyertai politik kepartian? Jika soalnya samada tertakluk atau tidak, kita rujuk dahulu Perlembagaan UIA,

 

6. The objects for which the University is established are:-

(a) To constitute, establish, manage and administer the University to be established under Section 5A of the Universities and University Colleges (Amendment) Act 1983 or under any amendments and modifications thereto or under any order, rules and regulations made thereunder.

 

Menurut peruntukan ini, UIA telah ditubuhkan menurut Seksyen 5A AUKU. Maka ini adalah bukti bahawa AUKU tidak mengekang UIA. Dalam erti kata lain, UIA bebas AUKU. Maka adakah ia bermakna mahasiswa UIA bebas menyertai politik kepartian? Dengan merujuk kepada Peraturan Disiplin Pelajar UIA,

 

Political activities

28. (1) No student shall be a member of, or shall in any manner associate with any society, political party, trade union or any other organisation, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the University or outside the University, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as may be provided under the constitution, or except as may be approved in advance by the University.

(2) No organisation, body or group of students, whether established by, under or in accordance with the constitution, or otherwise, shall have any affiliation, association or other dealing whatsoever with any society, political party, trade union or other dealing whatsoever with any society, political party, trade union or any other organisation, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the University or outside the University, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as may be provided by or under the constitution, or except as may be approved in advance in writing by the University.

(3) No student, organisation, body or group of students of the University which is established by, under or in accordance with the constitution, or any other organisation, body or group of students of the University, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organisation, body or group of persons.

 

Nah, jawapannya terang dan nyata. Walaupun mahasiswa UIA tidak tertakluk kepada AUKU, mereka masih lagi terkongkong dengan peraturan disiplin yang nyata lebih “draconian” dari AUKU itu sendiri. Jika AUKU menerusi pindaan 2009 membenarkan mahasiswa bergiat aktif dalam persatuan di luar universiti, Peraturan Disiplin Pelajar UIA ini pula menyekat secara menyeluruh sebarang penglibatan. Inilah sebenarnya musuh sebenar kepada mahasiswa UIA, bukannya AUKU.

 

Jika dirujuk kepada kenyataan pemimpin-pemimpin politik, boleh dikatakan tiada langsung sebarang rujukan terhadap peraturan kejam ini. Yang sering disebut, AUKU, AUKU dan AUKU. Seolah seperti peraturan ini tidak menyekat kebebasan mahasiswa. Kenapa berlaku “double standard”? Tujuan kedua undang-undang ini sama, membataskan hak mahasiswa untuk berpolitik. Jika AUKU boleh diisytiharkan sebaga tidak sah menurut perlembagaan, kenapa peraturan ini tidak? Di mana tekanan dari pihak parti pemerintah kepada pentadbir universiti untuk turut sama meminda peraturan ini agar selari dengan keputusan mahkamah?

 

Pengumuman Najib Razak tentang rancangan untuk meminda AUKU seharusnya memberi tekanan kepada pentadbiran UIA untuk turut meminda Peraturan Disiplin Pelajar UIA. Apalah sangat yang membezakan UIA dan universiti-universiti lain yang tertakluk kepada AUKU? Jika status “Antarabangsa” itu yang menjadi masalah, adakah di universiti lain tiada langsung pelajar antarabangsa? Seharusnya status antarabangsa ini menjadi satu kemaluan buat UIA sekiranya ia tidak memperuntukkan kebebasan yang memuaskan menurut piawaian antarabangsa.

 

Sudah tiba masanya untuk mahasiswa UIA berjuang untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman undang-undang zalim ini. Ya, tidak dinafikan perjuangan menghapuskan AUKU itu juga penting, kerana ia menunjukkan solidariti antara mahasiswa seluruh negara, namun janganlah dilupakan peraturan yang khusus buat mahasiswa UIA ini. Jika diteliti, masih tiada sebarang usaha yang khusus untuk memperjuangkan isu ini. Yang sering diutamakan adalah AUKU. Seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan.

 

Wallahua’lam.

 

aziz bari uia

Aziz Bari’s case: “Sir, You Pressed The Wrong Button.”

0

The issue of the suspension of Prof Aziz Bari had brought UIA under the spotlight again. After the mysterious story behind the Ustaz Azhar Idrus’s talk, now UIA’s credibility is being scrutinized again.

Legally speaking, UIA may or may not be right. The suspension of Prof Aziz Bari is made according to the Staff Disciplinary Rules 2005 of the International Islamic University Malaysia (IIUM). Section 21 gives UIA the power to suspend its staff pending an inquiry. The section read:

21. The University may suspend a staff member under this rule pending an inquiry into the alleged breach of discipline by the staff member. The period of suspension will depend on the reasonable time required to carry out an investigation and conclude the inquiry into the alleged breach of discipline.

Even though UIA has the power to suspend, the power is not compulsory. The word “may” indicates a discretionary power. It gives the university two choices to make, whether or not to suspend Prof Aziz. So why should the university straight away jump to the suspension button? Who gives the advice to the Rector? Did the adviser think of the consequences of using this method? Against a man with credibility and huge followers like Prof Aziz? In Jain’s words, “An authority vested with discretion has to apply its mind to the facts and circumstances of the case before taking an action. If it passes an order mechanically without applying its mind, its act will be ultra vires.”[1]

Under the law as well, the authority is expected to decide each case based on its own merits and cannot simply apply the same procedure to every single case. This rule is called the “fettering discretion”. So, did the university consider this case thoroughly? Looking at the circumstances surrounding this issue, Prof Aziz is known to be an outspoken academician, most of the time his comments are against the interest of the ruling party. And that is why the police reports, remarks made against him were made by politicians. This surely creates tension. The university must expect that the oppositions will use this issue to retaliate against their political enemy as well. Suspending Prof Aziz will be seen as unfair and just following orders from the Government. Politic is based on perception, people judge us based on our acts.

Section 20 of the same Rules also states that the alleged lecturer must be given an opportunity to be heard.

20. In all disciplinary proceedings by the University, no staff of being member shall be subject to disciplinary action unless he has heard been informed in writing of the grounds on which it is proposed to take action against him and has been afforded a reasonable opportunity of being heard.

In Prof Aziz Bari’s case, he was just been issued with the show cause letter. The university should give him the opportunity to explain his remarks first, then only conduct an inquiry. This can help the university avoid suspicious from the outsiders and the community of UIA. Without the explanation from Prof Aziz, how can the community expect the university to conduct a fair and just inquiry? Analyze the explanation from him first and from that, conduct an internal inquiry. Don’t have to straight jump to the suspension button although the authority has the right to do so.

Prof Aziz Bari is the pearl of UIA. He is a great asset for UIA. When the issue first arise, with remarks and police reports made against him by politicians, the university did nothing to defend him. For two consecutive days, he was made headline by Utusan Malaysia, a newspaper known to be the tool of the ruling party. Allegations were thrown against Prof Aziz Bari. Instead of protecting him, the university decided to show him the show cause letter. By doing this, it shows that the university is also interested to be involved with the game played by the politicians. The statement issued by Prof Aziz was published in Malaysiakini. Is it too hard for the university administrators to read the statement themselves? Why must the authority let the words of the idiots undermine its intellectuality by listening to them?

The university should be wise enough to think about the reaction of the public. Do all the public ever read the Staff Disciplinary Rules? The authority must choose its action wisely. This is not the first time Prof Aziz made such statement. He had even published books about this issue. The university should issue a stern warning against the politicians who politicized this issue. The authority should be protecting the intellectual freedom, and make policies and decisions that can nurture this culture of intellectual freedom, not the other way around.

As informed by Prof Aziz, the university is investigating him for issuing public statement that is not in line with the university’s interest. This is provided in the proviso of Section 15 of the same Rules. The proviso is as follows:

Provided that the making of such statement is not contrary to the interests of the University.

As we can see here, the term “interests of the University” is ambiguous in nature. As an Islamic university, we can assume that “contrary to the interests” means any statement that is not in line with the Shariah (Islamic laws). This is the simplest explanation can be given about this proviso. So, did Prof Aziz ever make a statement that is contrary to Shariah?

This issue explode due to the remarks made by politicians. The story started when Malaysiakini published a statement from Prof Aziz, which they received from his sms. Here we can see that the source of the story read by the politicians is secondary source, already edited by the editor of Malaysiakini. They did not see the actual statement sent by Prof Aziz. So, to judge this issue, we must look at the content of the said article. This article, and this article alone, should be the one to be examined by us in finding whether Prof Aziz had breached the proviso.

These are the statements published by Malaysiakini:

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu – sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC – adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

“Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,”

“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,”

“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”

These are the statements. Is it against the Shariah to say that the King had erred in his words? Even the law that governs defamation, the Defamation Act, protect Prof Aziz. If you do not believe me, try and read for yourself, this following Section 3 of Defamation Act:

(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency—

(a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures;

See? Simply saying that the King had erred in his decision and action does not amount to sedition. It was a clear wording of the law. If you want to argue about sedition, you must refer to this act. And the Act clearly protects Prof Aziz.

It is really sad to see that the university administrator had failed to read the real intention of the politicians who politicized this issue. They are not protecting the Sultan. They are protecting themselves! The comment made by Prof Aziz is an honest comment based on his expertise, the monarchy of Malaysia. So why should the university even listen to the frogs making noises? Based on circumstances surrounding this issue alone the authority can make a conclusion that the reports, remarks were made just to gain political mileage.

No one ever expected that this issue will be like this. This is not the first time Prof Aziz issued such statements. However because of the fault of the intellectuals, and the university, who failed to defend their colleague when he was being attacked by politicians had made the matter worse. Everyone should learn something from this issue. When an academician is under attack, it is not only himself, but also the freedom of an intellectual to express his views based on what he knows. Everyone, especially the academicians must defend their right. And quoting Martin Luther King, “Injustice anywhere is a threat to justice everywhere.”


[1] Administrative Law of Malaysia and Singapore

 

1974-hamka

Hamka & Penulisannya

0

Ketika di bangku persekolahan, penulis bukanlah seorang peminat buku. Ketika itu buku bukanlah sesuatu yang berharga dimata penulis. Membaca pula sekadar untuk lulus peperiksaan. Ini berlangsung sehinggalah ketika di semester kedua di UiTM, penulis telah membaca novel Di Bawah Lindungan Kaabah karya Buya Hamka. Dan dari situlah hidup penulis berubah serta merta & pandangan penulis tentang buku juga berubah. Bermula dengan novel itu, penulis terus melekat pada keindahan pena Buya Hamka. Dari situ penulis membaca pula Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk, Merantau Ke Deli, Keadilan Ilahi, dan sebagainya.

 

 

Buya Hamka bukanlah nama yang asing di kalangan masyarakat Nusantara. Buya Hamka merupakan salah seorang ulamak terbilang yang berjuang menerusi penanya. Buya Hamka juga boleh dikatakan salah seorang tokoh ulamak Nusantara yang berjaya memecahkan kepompong kejumudan yang memenjara serta menidurkan umat Islam ketika itu. Novel-novel yang ditulis oleh Buya Hamka sememangnya unik kerana ketika itu belum ada ulamak yang mahu menulis novel. Seringkali juga usahanya menulis dipandang serong oleh ulamak-ulamak lain.

 

 

Kekuatan Hamka terletak pada keupayaannya menjalinkan perkataan-perkataan menjadi tenunan bahasa yang indah. Paling ketara, dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah. Sungguh indah bahasa yang diguna oleh Hamka. Antaranya ketika memuji Gunung Merapi,

 

 

“Keindahan alam yang ada di sekeliling kota dingin itu menghidupkan kenang-kenangan saya kepada hal-hal yang telah lalu. Merapi dengan kepundannya yang laksana disepuhi emas . . . “

 

 

Ketika menggambarkan kekecewaan yang menimpa Hamid, “Dua kejadian yang hebat telah membayang dalam kehidupan saya sehari itu, tak ubahnya dengan seorang yang bermimpi mendapat sebutir mutiara di tepi lautan besar, sebelum mutiara itu dapat dibawa pulang, tiba-tiba sudah tersedar; meskipun mata dipaksa tidur kembali, yang tadi telah tinggal mimpi, ia telah tamat sehingga itu, tidak ada sambungannya lagi.”

 

 

Dan juga, “… nikmat hati hanya lalu sebagai khayalan belaka. Setelah melayap laksana satu bayangan, ia pun hilang dan tidak akan kembali lagi.”

 

 

Melalui novel-novel dan buku-bukunya kita dapat melihat apa yang diperjuangkan oleh Buya Hamka. Jika kita perhatikan novel-novelnya seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk serta Merantau Ke Deli, antara tema yang diangkat adalah kritikan terhadap sistem masyarakat ketika itu yang menjadikan wanita sebagai golongan kelas dua. Contohnya nasib Zainab dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah. Hamka menceritakan bagaimana kaum wanita tidak berpeluang untuk belajar ke peringkat tertinggi sebagaimana lelaki. Menurut Hamka,

 

 

“Yang berasa amat sedih, adalah anak-anak perempuan yang akan masuk pingitan; tamat sekolah bagi mereka ertinya suatu sangkar yang telah tersedia buat seekor burung yang bebas terbang.”

 

 

Begitu juga menurut kisah Poniem dalam Merantau Ke Deli. Wanita dikisahkan sebagai golongan yang tergantung nasibnya pada seorang lelaki. Walau sehebat manapun wanita itu, ia tetap tertakluk pada seorang lelaki. Hamka menceritakan bagaimana tidak adilnya adat masyarakat ketika itu yang menyisihkan kaum wanita terutamanya dari bukan suku sendiri. Sang suami dihasut untuk berkahwin lagi semata demi kepentingan suku sendiri.

 

 

“Kau boleh pergi dari sini! Kau orang Jawa! Boleh turutkan orang Jawa, kau boleh kembali ke kebun! Sebelah mata saya tidak boleh pandang kau lagi! Pergilah dari sini, mulai sekarang saya jatuhkan kepada kau talak tiga sekali. Pergilah!”

 

 

Nasib malang yang menimpa Poniem sebenarnya boleh dianggap sebagai cerminan kepada apa yang pernah dilalui oleh Hamka. Dalam memoirnya, Kenang-kenangan Hidup, Hamka menceritakan nasibnya yang berubah setelah ayahnya berkahwin lagi.

 

 

Kritik akan adat juga tertonjol dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk. Di sini Hamka mengkritik sistem masyarakat yang terlalu berpuak-puak sehingga meminggirkan puak lain terutama dalam perkahwinan. Nasib malang yang menimpa Zainuddin merupakan manifestasi kekecewaan Hamka kepada sistem masyarakat yang materialistik, mementingkan harta dari segalanya. Hayati dikahwinkan bukan kerana cinta, tetapi kerana harta.

 

 

Novel-novel Hamka seringkali berkisar tentang cinta. Dan kebanyakannya berakhir dengan kesedihan. Kisah Hayati & Zainuddin, Zainab & Hamid, Shamsiah & Adnan dan lain-lain lagi kisah cinta yang berakhir dengan kematian. Kisah cinta ini selalunya berlangsung antara dua jiwa yang berlainan darjat. Mereka dipisahkan kerana tidak sama pangkat serta keturunan. Mungkin inilah satu lagi cara Hamka mempamerkan ketidaksukaannya terhadap sistem masyarakat ketika itu. Menggunakan cinta sebagai cara menzahirkan penentangan memang hebat malah dapat memberi kesan kepada jiwa pembaca. Kisah cinta Adnan & Shamsiah berakhir dengan tragis apabila Adnan yang keluar dari kampung mencari wang akhirnya dikhabarkan bahawa Shamsiah telah dinikahkan kepada orang lain. Kekecewaan yang melanda jiwa Adnan disimpulkan dengan indah oleh Hamka,

 

 

“Lihatlah ibuku, lihatlah batu besar di tepi danau; yang telah hitam dibawa zaman, berlumut ditumbuk riak, walaupun bagaimana riak itu memukulnya, tidaklah lagi dia akan berkisar daripada tempatnya. Hati hamba telah beku, ibu telah hitam dan tidak peduli lagi, sebagaimana batu itu pula…” Tetapi dia tidak sedar, bahawa sedang dia berbicara itu, air matanya telah meleleh pula, di pipinya.”

 

 

Dan dalam Malam Sekaten : Bulan Sabit dan Kayu Palang, cinta antara penganut Kristian & Islam,“cinta itu bebas, saudara. Tetapi aturan amat kuat mengongkong kebebasan itu. Biarlah engkau cinta kepadaku, dan cinta itupun aku balas. Tapi sayang batasnya hanya hingga itu saja, ibarat air yang mengalir, muaranya tak ada. Aturan tidak membiarkan kita menyambung cinta itu.”

 

 

Selain itu, Hamka juga sering menonjolkan tema pembaharuan dalam karya-karyanya. Jika dibaca & diteliti buku Falsafah Hidup, Hamka sangat menekankan pada pembaharuan dalam semangat & jiwa umat Islam. Bagi Hamka umat Islam harus berani berubah, berani untuk belajar, menguasai ilmu dalam tangan mereka. Ilmu seharusnya bukan untuk ustaz sahaja. Bagi Hamka, Allah mengurniakan hikmah kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Kerana itulah Hamka sering menganjurkan kepada umat untuk mencari ilmu walau dari mana jua. Kata Hamka,

 

 

“Rahsia kemajuan negeri Eropah ialah keberanian orang-orang yang terkemuka itu menyatakan fikiran dan pendapatan. Beratus tahun lamanya benua Eropah karam di dalam khayal dan angan-angan, tertutup pintunya daripada ilmu yang sejati, penyelidikan hanya terpegang di tangan kepala-kepala agama. Tiba-tiba menggeliatlah kebenaran itu keluar dari pasongnya, bahawasanya ilmu itu bukanlah kepunyaan gereja sahaja, tetapi kepunyaan segala orang. Berpuluh tahun lamanya orang-orang yang menyatakan pendapatan baharu itu beroleh genchetan, dihina, dimaki, dibunuh, direjam dan dibuang, tetapi mereka kerja terus, jatuh satu tegak yang lain, sehingga akhirnya kedaulatan ilmu pun tegaklah, kebenaran teguh di atas sendinya, tidak dapat digoncangkan lagi.”

 

 

Koleksi kisah hikayat yang dikumpul Hamka, Lembaga Hikmat menjadi contoh di mana Hamka telah memanjangkan riwayat-riwayat dari kisah agama lain iaitu Babeek dan Fakir Hindi untuk menjadi pengajaran buat umat Islam. Namun begitu, sebelum keluar meneguk air dari air mata hikmat, Hamka mengingatkan umat Islam agar terlebih dahulu memperkukuhkan asas pegangan Islam mereka. Kata Hamka dalam Falsafah Hidup,

 

 

“Orang yang tidak terlebih dahulu mempunyai dasar hidup dan kepercayaan, memang boleh sesat di dalam jalan-jalan yang berbelit-belit bersimpang siur itu. Dicoba pendapat Socrates enak! Didengar pendapat Spinoza, lemak pula; diturutkan Gothe, kesudahannya tidak ada yang benar lain dari dia.”

 

 

Begitu juga apabila memuji pembaharuan yang dibawa oleh Attaturk,

 

 

“Yang paling hebat ialah perubahan yang dibawa oleh Kamal Attaturk. Seketika dia mengubah negerinya, melepaskan pemerintahan daripada agama, dia, dikutuki, dia dituduh kafir, negara keluar dari agama. Tetapi lama-lama, di seluruh Dunia Islam timbullah gerakan baharu, menuruti langkah Kamal, walaupun di dalam perkara memisahkan negara dengan agama itu belum juga terdapat persetujuan.”

 

 

Dari segi pemikiran pula, Hamka berulang kali mengakui dirinya sebagai seorang Wahabi, Kaum Muda. Malah dalam satu majlis, Hamka mencabar golongan Kaum Tua untuk mengisytiharkannya sebagai kafir,

 

 

“Bukankah menurut keyakinan kerajaan, kami ini adalah golongan yang sesat? Golongan Wahabi. Mu’tazilah, keluar dari Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? Apa salahnya tuan golongkan sahaja kami sebagai pemeluk agama yang lain? Sebab berbeza pendirian dengan tuan-tuan.” Kedengaran suara bisik-bisik dan suara “MasyaAllah! Astaghfirullah!”. “Taubat-Taubat!”

 

 

Begitulah Hamka dalam memegang pendiriannya. Banyak juga berlaku polemik antara Hamka & Kaum Tua. Malah sebuah buku pernah ditulis, bertajuk Teguran Suci dan Jujur Buat Mufti Johor.

 

 

Hamka juga mempamerkan sikap keterbukaan yang mengagumkan untuk ulamak di zamannya. Dalam seni misalnya, Hamka tidak menolak terus seni-seni yang asing kepada Islam. Hamka mengakui bahawa beliau adalah peminat wayang, malah pernah berkain sarong ke sana! Dalam Kenang-kenangan Hidup, dalam bab Ilham, Hamka membela seniman-seniman “sesat”. Menurut Hamka, seni itu harus diulas melalui mata orang seni, bukan sekadar mata orang agama. Malah Hamka juga memuji sebuah pantun yang sesat tetapi indah,

 

 

“Sejak aku gembala itik,

Ke Bayang aku dakikan,

Tidak aku ke pulau lagi,

 

 

Sejak aku cintakan adik,

Sembahyang sudah kuhentikan,

Tidak aku ke surau lagi.”

 

 

Dalam karyanya Dari Perbendaharaan Lama, Hamka menunjukkan kecintaannya kepada asalnya iaitu Melayu & Islam. Hamka menceritakan dengan teliti sejarah-sejarah kerajaan Islam di alam Melayu. Bagi Hamka, walaupun Malaysia & Indonesia tidak bersama dalam Melayu Raya, dunia Melayu tak mungkin akan hilang dari dunia,

 

 

“Tidak akan hilang Melayu di dunia. Melayu tetap, berseri, berpalun dan berpilin dalam jiwa kita, kita pupuk dalam Indonesia yang merdeka, kita pupuk dalam Malaysia yang merdeka!”

 

 

Begitu juga dengan identiti Melayu, iaitu tulisan jawi,

 

 

“….. janganlah diabaikan huruf pusaka kita, iaitu huruf Arab yang telah kita pakai, seratus tahun lamanya. Di Malaysia, ia disebut Huruf Jawi, sedang di Indonesia disebut huruf Melayu. Kasihan Huruf Pusaka Islam itu, Indonesia menolak ke Melayu, Malaysia menolak ke Jawa, akhirnya terbenam di Selat Melaka!”

 

 

Malah Hamka juga berbangga dengan Bahasa Melayu malah dalam sebuah persidangan Bahasa Indonesia, Hamka telah menegaskan bahawa asal bahasa Indonesia, adalah Bahasa Melayu.

 

 

Antara nama julukan yang diberikan kepada Hamka adalah ulamak romantis. Banyak penulisan Hamka yang berkisar tentang cinta. Antara kata-kata Hamka berkenaan cinta:

 

 

“Langit dan bintang-bintangnya, bumi dan segala isinya, kian hari kian jauh dari anda, dan anda terpencil hidup seorang, jika anda menaruh bibit kebencian dalam hati. Terpencil dalam alam yang seramai ini! Tetapi jika bibit cinta telah tumbuh, langit dan bintang-bintangnya akan berkata dan bumi pun akan menyapa anda.”

 

 

“Cinta mencari dan mendorong, bukan menunggu dan menyerah. Di dalam perjalanan sejauh ini, jika bukan cinta yang anda jadikan tongkat, anda akan jatuh. Jika cinta itu hilang, anda kehilangan erti hidup.”

 

 

“Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab. Maka berbahagialah kita kalau mata kita telah dibersihkan oleh cinta, sehingga tidak ada lagi di dalam alam ini satu apa pun yang tidak kita cintai. Mata yang memandang segala sesuatu cacat, mata itulah yang sebenarnya cacat.”

 

 

Begitulah serba sedikit yang dapat kita pelajari dari penulisan-penulisan Hamka. Sememangnya kita harus berbangga kerana di dunia Nusantara ini, ada seorang manusia seperti Hamka.

 

 

Wallahua’lam.

 

p/s: saya bukan wahabi…

 

922ec9f4d39a7e59ae2e825cad5517b5

Terhapusnya ISA: Masa Untuk Berpesta?

0

Maka pada hari baik bulan baik ini, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menghapuskan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih popular dengan ISA (Internal Security Act). Akhirnya, selepas 51 tahun menzalimi rakyat, akta ini dikuburkan. Antara yang menjadi mangsa ISA adalah Dr Burhanuddin al-Helmy yang ketika itu merupakan YDP PAS. Sungguh malang apabila ISA hanya dihapuskan selepas Dr Burhanuddin sudah lama meninggal dunia, setelah terpaksa menderita dalam tahanan ISA.

Sebagai rakyat Malaysia, adakah pemansuhan ini bermakna kita sudah merdeka? Adakah kita sudah boleh berpesta menyambut langkah kerajaan ini?

Akta kejam ISA ini wujud berdasarkan pada kuasa yang telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada kerajaan untuk menidakkan beberapa hak asasi rakyat atas nama menjaga keamanan negara. Menurut Perkara 149, hak yang boleh digantung adalah:

Perkara 5. Kebebasan diri.

Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Perkara 13. Hak terhadap harta.

Ketika Perlembagaan masih dalam proses rangkaan oleh Suruhanjaya Reid (suruhanjaya Reid, bukan Lord Reid), seorang hakim dari Pakistan, Justice Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam suruhanjaya tersebut telah menyuarakan bantahannya terhadap Perkara 149 ini. Menurut beliau:

“If there arises any real emergency, and that should only be an emergency of the type mentioned in [Art. 150], then and only then should such extraordinary powers be exercised. It is in my opinion unsafe to leave in the hands of Parliament power to suspend constitutional guarantees only by making a recital in the Preamble that conditions in the country are beyond the reach of ordinary law. Ordinary legislative and executive measures are enough to cope with a situation of the type described in [Art. 149]. That article should in my view be omitted. There should be no half-way house between government by ordinary legislation and government by extraordinary legislation …”

Lihat bagaimana beliau telah mampu untuk meramal ke masa hadapan? Menghapuskan ISA itu tidak ada makna sekiranya kerajaan masih membiarkan Perkara 149. Kerajaan seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam menghapuskan undang-undang tahanan tanpa bicara dengan meminda Perkara 149. Lebih malang, dalam masa beliau berjanji untuk menghapuskan ISA, Najib Razak juga telah pun memberi amaran bahawa 2 undang-undang lain menanti rakyat! Kata beliau,

“dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.”

Nah, ini adalah bukti bahawa menghapuskan ISA itu bukannya perkara yang boleh kita raikan. ISA bukan satu-satunya undang-undang zalim yang masih wujud di Malaysia. Jangan lupa pada Ordinan Darurat yang digunakan untuk menahan anggota Parti Sosialis Malaysia baru-baru ini. Kita sebagai rakyat yang bencikan kezaliman harus melihat penghapusan ISA ini dengan berhati-hati. Jangan kita menyangka bahawa kita sudah menang. Tidak sama sekali.

Selagi mana masih wujud peruntukan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk memenggal hak rakyat, maka selagi itulah perjuangan ini belum selesai!

Mulianya Seorang Peguam

9

Apabila bercakap tentang kerjaya sebagai peguam, adalah normal dalam kalangan masyarakat Melayu untuk memberikan label bakal ahli neraka kepada peguam. Hujah yang selalu digunakan adalah peguam membela orang yang bersalah. Ia bukan perkara baru, sudah lama kebodohan ini berlangsung dalam masyarakat Melayu. Sangat malang apabila bukan saja orang kampung yang tidak berpendidikan tinggi bercakap sedemikian, tapi mereka yang berada di menara gading, juga bersangka buruk terhadap peguam dan bakal peguam.

 

Ini bukanlah kali pertama penulis menulis mengenai perkara ini. Sebelum ini penulis pernah menulis di sini: [Guaman, Kerjaya Yang Disalah Fahami]

 

Tujuan tulisan ini adalah untuk berkongsi kisah yang terjadi di zaman sahabat Rasulullah. Dalam kisah ini, terdapat pengajaran yang boleh kita ambil berkenaan dengan tugas seorang peguam.  Berikut adalah dua kisah yang penulis petik dari buku Administration of Islamic Law in Malaysia: Text and Material (Lexis Nexis).

 

“Di zaman Sayyidina Ali, seorang lelaki telah dibawa ke hadapannya. Beliau telah ditangkap oleh sekumpulan orang-orang di dalam sebuah bangunan dan di tangannya adalah pisau yang diliputi dengan darah. Dekat dengan dia adalah mayat seorang lelaki yang kelihatan telah ditikam dan dipenuhi dengan darah. Sayyidina Ali menyoal lelaki itu dan dia mengakui bahawa dia yang membunuh lelaki ini. Saiyyidina Ali menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki itu tetapi apabila hukuman itu hendak dijalankan, datang seorang lelaki lain ke depan dan berkata ‘Jangan membunuhnya. Sebenarnya saya yang membunuh orang ini’.

Apabila mendengarnya Saiyyidina Ali bertanya kepada lelaki pertama dan bertanya kepadanya apa yang membuat dia mengaku kepada jenayah itu. Lelaki itu berkata, ‘Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya tidak membunuh lelaki itu kerana pasti saya tidak akan dipercayai. Saya berada di tempat kejadian dan di tangan saya pisau yang dipenuhi dengan darah. Jika saya menafikan tuduhan itu, saya pasti tidak akan dipercayai jadi saya memutuskan untuk meninggalkan perkara itu kepada Allah ‘. Sayyidina Ali bertanya kepada lelaki itu untuk mengaitkan apa yang berlaku. Beliau berkata, ‘Saya bekerja sebagai penjual daging dan sedang menyembelih lembu. Selepas itu, saya merasakan mahu membuang air dan keluar untuk menunaikan hajat. Saya kemudian melihat mayat seorang lelaki yang diliputi dengan darah. Saya terpegun dan berdiri dengan pisau berdarah di tangan saya. Apabila orang ramai datang, mereka menangkap saya dan menuduh saya membunuh lelaki itu, saya tidak dapat membawa sesiapa pun untuk menyokong saya jadi saya memutuskan untuk mengatakan saya membunuh lelaki itu, walaupun saya tidak berbuat demikian ‘.

Sayyidina Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki kedua dan dia berkata dia telah membunuh seorang lelaki kerana tamak akan wang. Apabila dia mendengar orang datang, dia melarikan diri dan menyembunyikan dirinya. Dia melihat apa yang berlaku apabila orang ramai datang dan lelaki pertama telah ditangkap dan mengakui bahawa dia telah membunuh lelaki ini. Sayyidina Ali kemudian bertanya anaknya, Sayyidina Hassan, mengenai perkara itu, Sayyidina Hassan berkata kedua-dua perlu dibebaskan, yang pertama kerana jelas beliau tidak membunuh lelaki itu, dan kedua walaupun dia telah membunuh seorang lelaki beliau juga menjaga keselamatan hidup seorang lelaki. Beliau memetik Al-Quran yang bermaksud: dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya’(Surah Al-Maidah 5:32), Sayyidina Ali bersetuju dan dia membebaskan kedua-dua lelaki dan mengarahkan pampasan bagi kematian dibayar dari Bait al-Mal. “

 

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Turuq al-Hukmiyyah: pp 83-84)

 

“Telah diriwayatkan bahawa ada seorang wanita muda yang jatuh cinta dengan seorang lelaki muda tetapi kelihatannya lelaki muda itu menolak ajakannya. Ini menjadikan wanita itu sangat marah dan dia memikirkan cara untuk memudaratkannya. Beliau memecahkan telur, membuang kuningnya dan menuang telur itu ke atas pakaian dan kaki atasnya. Dia kemudian menjerit dan menghadapkan dirinya kepada Khalifah Omar dan menuduh pemuda mencabulnya dan dia berkata terdapat kesan air mani pada pakaian dan kaki atasnya. Pemuda itu menafikan tuduhan itu. Sayyidina Ali yang hadir telah diminta pendapatnya. Sayyidina Ali meminta sedikit air mendidih dan dia menumpahkannya ke atas pakaian itu. Cecair tersebut memejal dan menjadi putih telur dan apabila Sayyidina Ali merasanya, dia mendapati ia seperti telur. Dengan itu, beliau berkata ia bukan air mani dan kesannya, wanita itu mengakui perancangannya dan pemuda itupun dibebaskan. “

 

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Turuq al-Hukmiyyah: p 70)

 

terjemahan bebas dari:

Ahmad Ibrahim & Mahmud Saedon Awang Othman, ‘Judges and Lawyers under the Shariah’ in Aidit Ghazali (ed), Islam And Justice, (1993, IKIM, Kuala Lumpur), at pp 139-143

 

Lihat bagaimana di zaman sahabat sudah ada aktiviti membela orang yang dituduh bersalah. Apa pengajaran yang boleh kita ambil di sini?

1. Orang yang mengaku bersalah, belum tentu bersalah. Boleh jadi mereka mengaku atas sebab tertentu yang hanya mereka yang tahu.

2. Seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah. Harus ada mahkamah yang menentukan samada mereka bersalah atau tidak berdasar pada bukti-bukti yang sahih.

3. Dengan adanya “peguam” yang membela orang yang dituduh, ia boleh menyelamatkan dari terjadinya hukuman terhadap orang yang tidak bersalah.

4. Apa yang sebenar-benar berlaku adalah hanya diketahui oleh Allah, orang yang dituduh, dan mangsa sahaja. Peguam, Hakim, orang awam, langsung tidak mempunyai pengetahuan yang hakiki tentang kejadian tersebut. Tiada peguam yang akan membela orang yang bersalah kerana tidak ada orang yang bersalah selagi tak dibuktikan di mahkamah. Akhbar, blog, wawancara TV bukanlah hakim yang berkuasa menghukum seseorang yang dituduh.

 

Hujah orang yang mengatakan bahawa kerjaya sebagai peguam itu seperti mencampakkan seseorang ke neraka sangatlah tidak berasas dan hanya bersandar pada kejahilan mereka tentang sistem kehakiman. Mereka berterusan hidup dalam kejahilan dan berpegang pada bukti yang salah lagi terpesong dari kebenaran. Adalah sangat dikesali apabila terdapat golongan agama sendiri yang menghukum peguam sebagai bakal ahli neraka dalam keadaan mereka jahil tentang proses pengadilan dan penghukuman di mahkamah. Demi Allah sesungguhnya jika mereka meluangkan masa untuk mengkaji tentang kerjaya sebagai seorang peguam, tentulah mereka tidak akan memfitnah dan melabel-label seperti yang sedang mereka lakukan sekarang.

 

Wallahua’lam.

Untitled-1

Kuasa Siapa?

1

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk meminda perlembagaan terletak di tangan parlimen. Jelas dinyatakan melalui Perkara 159. Ini adalah selari dengan konsep demokrasi kerana rakyat yang melantik ahli parlimen. Dalam bahagian hak asasi, perkataan ‘Parlimen’ telah digunakan dalam peruntukan yang membenarkan sekatan ke atas hak-hak yang diberikan. Contohnya,

Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.

(1) …

(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.

Kenapa? Kerana menurut amalan demokrasi, rakyat lah yang berkuasa. Jadi sekiranya perkataan ‘Kerajaan’ yang digunakan, maka ini sudah tentu tidak demokrasi. Jadi, rakyat perlu dilihat berkuasa, sekurangnya di atas kertas, dan hanya rakyat, menerusi Parlimen, yang berhak menghadkan kebebasan mereka, .

Namun begitu, ada sedikit kepincangan yang nyata dalam sistem negara kita yang boleh merosakkan nilai demokrasi. Kepincangan ini berdasar pada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang mengkehendaki YDPA untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan ahli parlimen. Jadi, eksekutif dan legislatif telah menjadi satu. Ini bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa. Malahan pula, apabila eksekutif mewakili suara terbanyak dalam parlimen, maka apabila ada pindaan, akan ada konflik kepentingan kerana kerajaan sudah tentu mahu berkuasa atas rakyatnya. Oleh kerana eksekutif itu datang dari legislatif yang adatnya dari parti yang sama, maka sudah tentu mereka boleh buat apa saja. Dan ini sudah tentu melanggar prinsip demokrasi. Parlimen bukan lagi mewakili suarat rakyat, tapi mereka sekarang mewakili parti politik masing-masing. Apa yang baik untuk kerajaan itulah yang mereka sokong, bukan sebaliknya walau apa kata rakyat sekalipun.

Perkara 43 tekah mengabsahkan kepincangan ini. Jika dilihat, seorang ketua Eksekutif mesti dilantik dari kalangan anggota Parlimen. Jadi, telah berlaku pertindihan kuasa di antara Eksekutif dan Legislatif, sekaligus membatalkan konsep pengasingan kuasa yang sangat penting.

Perkara 43. Jemaah Menteri.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Adatnya dalam politik Malaysia, apabila sesebuah parti membentuk majoriti dalam Parlimen, maka parti itu akan melantik Perdana Menteri yang kebiasaannya adalah Presiden parti itu. Jadi, apabila ini berlaku, sudah tentu berlaku konflik kepentingan yang melampau khususnya apabila mahu diadakan pindaan kepada Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang yang mengikat semua manusia di Malaysia. Jadi, adalah salah jika kuasa memindanya diserahkan kepada kerajaan yang juga terikat dengannya. Ia harus diserah kepada rakyat, menerusi Parlimen. Dan sememangnya inilah idea yang cuba diterapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tapi dengan adanya Perkara 43 ini, ia tidak mungkin jadi kenyataan.

Sebagai alternatif, seharusnya Perkara 43 ini dibuang dan diganti dengan sistem Presiden sebagaimana yang ada di Amerika Syarikat yang jelas memisahkan Eksekutif dan Legislatif. Dengan cara ini, konflik kepentingan akan dapat dikurangkan dan Eksekutif akan dapat diikat dengan peruntukan Perlembagaan. Rakyat tidak perlu lagi merasa bahawa Perlembagaan itu satu kekangan kepada mereka seperti mana undang-undang lain. Sebaliknya, mereka akan melihat ia sebagai dokumen yang melindungi mereka.

Untitled-1

Biasiswa Milik Siapa?

0

Isu biasiswa datang lagi. Hari ini kita dapat membaca komen dari NGO pro-UMNO iaitu Gagasan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, yang menyatakan bahawa hanya orang Melayu yang layak mendapat biasiswa menurut Perlembagaan Persekutuan. Demi menjadi bangsa yang bijak dan tidak mudah ditipu oleh mana-mana pihak, penulis mahu mengajak pembaca sekalian untuk menilai isu ini melalui kaca mata Perlembagaan Persekutuan itu sendiri, diserta juga dengan sedikit ‘common sense’ agar kita dapat berfikir dan membezakan mana yang betul dan mana yang salah.

Menyebut tentang biasiswa dan orang Melayu, pastilah yang perlu pertama sekali dilihat adalah Perkara 153 yang menyebut tentang tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk membela orang Melayu dan Bumiputera. Begini bunyinya:

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) …

(7) …
(8) …

(a) …
(b) …
(c) …

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) …

(9A) …

(10) …

Seperti yang tertera dalam Perkara 153, adalah tidak salah bagi YDPA untuk memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ini juga selari dengan Klausa 5(c) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:

(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—

(a) …
(b) …
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) …
(e) …
(f) …

Jadi, melihat kepada dua peruntukan dalam Perlembagaan ini, dapat dinyatakan di sini bahawa sememangnya di bawah Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu dan Bumiputera berhak untuk mendapat keistimewaan dalam peruntukan biasiswa. Ini tidak boleh disangkal. Kerana ini ada dalam Perlembagaan. Yang menjadi persoalan sekarang, adakah hanya orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasiswa?

Di sinilah kita perlu berfikir dengan waras. Perkara 153 (4), dinyatakan bahawa walaupun YDPA itu boleh membela orang Melayu, itu tidak bermaksud YDPA boleh menidakkan bantuan kepada orang lain. Boleh difahami bahawa orang lain itu adalah kaum bukan Bumiputera. Terang dan jelas dinyatakan bahawa,

Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.”

Nah, ini satu penegasan bahawa walaupun orang Melayu dan Bumiputera itu mendapat keistimewaan, namun keistimewaan itu tidaklah sampai menidakkan kaum bukan Bumiputera. Mereka juga layak untuk dibantu. Tidak salah dari segi Perlembagaan untuk membantu mereka. Bahkan jika ditimbang dengan akal yang waras, sememangnya patut mereka juga mendapat bantuan.

Kenapa?

Kerana mereka juga membayar cukai! Adalah tidak adil bahkan sangat zalim bagi kita orang Melayu, yang mana mendapat faedah daripada pembayaran cukai dari orang bukan Melayu untuk menidakkan bantuan kepada mereka. Dana untuk biasiswa itu bukankah duit kerajaan? Dan dari mana kerajaan mendapat dana kewangan kalau tidak sebahagiannya juga dari pungutan cukai orang bukan Melayu? Ini perlu difikir dengan waras. Jangan biar faham perkauman menjahanamkan kemanusiaan kita.

Jika mahu menidakkan biasiswa, maka satunya cara untuk melaksanakannya adalah dengan mewujudkan satu tabung biasiswa khas bagi orang Melayu dan Bumiputera. Dan tabung ini mesti dibiayai 100% oleh orang Melayu dan Bumiputera sahaja. Orang Cina dan India jika ada menyumbang, maka wajib dibuka tabung ini kepada mereka juga. Satu ketika dulu Mukhriz Mahathir mencadangkan agar UMNO mewujudkan biasiswa UMNO. Jadi saya rasa ini adalah contoh biasiswa yang khusus unutk orang Melayu saja. Kerana sememangnya UMNO untuk Melayu.

Kesimpulannya, orang Melayu memiliki kelebihan dan keistimewaan dari segi pembahagian biasiswa. Namun begitu, ia tidaklah sampai menidakkan bantuan kepada kaum bukan Melayu. Sudah sampai masa kita sebagai rakyat Malaysia menghayati semangat 1Malaysia, bahawa kita Melayu, Cina, India dan lain-lain adalah bersaudara dalam menjalani hidup di bumi bertuah ini. Jadi siapa yang bijak, Melayu Cina India, bantulah mereka kerana kelak, sebagai orang Malaysia, mereka juga akan membantu untuk memajukan Malaysia demi kemakmuran bersama Melayu Cina India. Kerana itu, harus diingat bahawa, “BIASISWA MILIK KITA BERSAMA!”

 

sumber: http://ceritatentangperlembagaan.blogspot.com/

minda tertawan

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

0

 

Buku yang menarik untuk dibaca dan diteliti. Memberi pandangan yang jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya dalam kalangan intelektual. Seharusnya dibaca dan dihayati oleh mereka yang seronok digelar Doktor, Profesor, Intelek, dan sebagainya kerana sesungguhnya kebanyakan dari mereka sudah lupa apa guna mereka ditabal dengan gelaran sebegitu. Masyarakat mundur perlu kepada golongan intelektual untuk mencerahkan mereka.

Malang apabila masyarakat dicandu dengan kemajuan fizikal namun pembangungan minda dibiar layu. Para intelek harus mengakui bahawa mereka juga menyumbang kepada kelayuan minda masyarakat hari ini. Para intelek lebih selesa bekerja makan gaji. Jika membuat kajian, sekadar untuk memenuhi pra-syarat untuk naik pangkat. Alangkah malangnya bagi masyarakat untuk menghadapi zaman sebegini. Malah paling malang, golongan intelek telah pula dijadikan alat untuk mengabsahkan tindakan para penguasa yang gila kuasa.

Seperti pernah disebut Chomsky, salah satu cara pemerintah menjayakan propaganda mereka adalah dengan memperguna para ‘intelektual’ untuk mengeluarkan segala macam kajian, pendapat, untuk menyokong dasar yang mereka adakan. Sungguh malang kerana golongan intelek bukan beruk yang dipegang talinya dan boleh diarah untuk memetik kelapa. Sebaliknya golongan inteleklah yang menjadi penyuluh zaman, memimpin bukan saja rakyat, tapi juga golongan penguasa yang sering kali lupa apa yang perlu mereka lakukan.

Bahasa yang digunakan agak ringan, tidak mustahil untuk dihabiskan dalam satu malam saja. Sesuai dan perlu dibaca oleh semua anggota masyarakat yang cintakan ilmu. Saya petik sajak beliau,

“sinsinglah lengan bukakan mata
mata batin kita
melihat di mana bersemayam kebenaran-kebenaran
di lorong-lorong ilmu
di buku-buku berbalut rapi
di rak-rak perpustakaan
atau hanya di medan-medan kuasa?

atau apa?

kembalikanlah kerancakan dan kehebatan
wacana-wacana ilmu
nobatkanlah
imarahkanlah
gali dan terus jujur ungkapkan
khazanah kekayaan itu.”

Wallahua’lam…

Untitled-1

“Kristian ialah agama bagi Persekutuan”

0

Dua tiga hari ini kecoh benar dengan apa yang dikatakan sebagai konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, menggantikan Islam. Dan semalam ia dianggap selesai dengan pertemuan antara Perdana Menteri dengan paderi-paderi dan Kementerian Dalam Negeri juga telah mengeluarkan amaran kepada Utusan.

Sebelum pergi, penulis ingin komen sedikit tentang pendapat dari seorang ‘pakar perlembagaan’ yang mendakwa bahawa tiada istilah Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ini sebenarnya tidaklah berapa tepat dan tidak juga salah. Istilah ini sebenarnya sudah diterima masuk dalam sistem perundangan Malaysia melalui penghakiman dari hakim-hakim dalam kes-kes yang mereka putuskan. Contohnya dalam kes Lina Joy v Majlis Agama Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119, hakim telah menyatakan bahawa, “Article 3(1) has a far wider and meaningful purpose than a mere fixation of the official religion”. Ini menunjukkan bahawa istilah ‘official religion’ atau agama rasmi itu sudah diterima dalam sitem perundangan kita. Tidak betul jika kita kata ia tidak ada semata kerana ia tiada dalam Perlembagaan kita.

Jadi persoalan sekarang, terjaminkah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Jika kita tinggal di negara malaikat, ya sudah tentu. Semua orang hormat pada undang-undang. Tapi ini Malaysia. budaya politik kita adalah apa saja yang Kerajaan mahu, ia pasti dapat. Tidak mustahil langsung untuk Perkara 3 dibuang. Dan yang berpotensi untuk membuang Perkara 3 adalah UMNO yang punya keupayaan dan juga pengalaman!

Seperti yang pernah penulis tulis sebelum ini, Perlembagaan sebenarnya ‘helpless’ apabila berhadapan dengan kuasa Parlimen untuk meminda apa saja bahagian yang ia tidak suka. Dan penulis percaya, Perkara 3 ini juga tidak terkecuali. Namun jika dilihat melalui bacaan politik, perkara ini tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Kenapa?

Kerana majoriti penduduk Malaysia adalah orang Islam. Jadi majoriti ahli Parlimen juga beragama Islam. Sangat mustahil, dalam masa 10-20 tahun ini, orang Islam menjadi minoriti di Malaysia, hanya Allah yang dapat menjadikannya realiti. Malah DAP, yang dituduh sebagai dalang bagi konspirasi ini, tidak mampu untuk meminda Perlembagaan mengikut suka hatinya. DAP tidak memiliki dua pertiga kerusi Parlimen. Seperti yang dinyatakan di atas, hanya UMNO yang boleh meminda Perkara 3 jika ia berhajat. Dan tidak mustahil ia akan berlaku, kerana sejarah telah membuktikan bahawa UMNO pernah menghapuskan kuasa Raja, sesuatu yang ia berjanji mahu pertahankan.

Isu agama adalah terlalu sensitif di Malaysia. Adalah dikira ‘bunuh diri’ jika ada parti politik yang mahu menukar status quo berkaitan agama. Jadi menukar agama rasmi, adalah terlalu jauh dari jangkauan akal yang sihat. Jika ada, percayalah, pasti parti itu akan ditolak dek kerana sentimen agama yang masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Jadi saranan penulis, tak usah melatah dengan isu ini. Dari segi Perlembagaan, ia memang mungkin berlaku. Kerana tiada yang tidak dapat dibuang dari Perlembagaan. Tapi dari segi politiknya, tidak mungkin ia akan berlaku. Sekurangnya, untuk 20-30 tahun ini.

Untitled-1

Kebebasan Yang Terpenjara

0

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

 

 

Artikel 10 merupakan salah satu bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan yang dianggap sebagai sensitif dan penuh kontroversial. Artikel 10 merupakan jaminan dari Perlembagaan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, mempunyai hak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Kenapa kita ada Artikel 10 dalam Perlembagaan? Kerana kita mahu jadi negara demokrasi. Dalam negara demokrasi, rakyat berkuasa. demokratía. Dan penzahiran kuasa rakyat adalah dengan menyanggah pemimpin yang mereka rasa tak patut jadi pemimpin. Dengan kotak undi, atau dengan bercakap, berhimpun, & berpersatuan. Negara yg demokratik akan meraikan 3 hak ini. Negara yg autokratik seperti Malaysia akan melekehkan 3 hak ini.

Hak kebebasan untuk bercakap, berhimpun & berpersatuan sepatutnya menjadi hak yang asasi bagi rakyat. Kerajaan sepatutnya hanya boleh masuk campur apabila ianya mengganggu orang lain. Rakyat sepatutnya bebas untuk menzahirkan sokongan atau bangkangan mereka terhadap sesuatu perkara. Kenapa perlu disekat?

Adalah hairan, apabila dari satu sisi, Perlembagaan digelar sebagai undang-undang tertinggi, yang menjamin hak-hak untuk rakyat Malaysia. Hak yang mesti mereka miliki, yang tak boleh dicabuli oleh Kerajaan. Kerana itu Perlembagaan digelar sebagai undang-undang tertinggi, untuk menghalang Kerajaan dari menggubal undang-undang yang bertentangan dengan hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sesetengah orang terlalu suka untuk membaca Perlembagaan hanya pada huruf-hurufnya saja. Ya, jika dibaca begitu, memang Perlembagaan sendiri telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang ia rasakan perlu. Tapi, penulis percaya bahawa ini bukan bacaan yang paling tepat. Harus juga diteliti falsafah di sebalik hak-hak ini. Seperti yang dinyatakan di atas.

Undang-undang Malaysia telah menjadikan hak-hak ini sebagai lawak jenaka. Anda tidak ada langsung kebebasan berhimpun. Anda hanya dibenarkan berhimpun. Kerana itu wajib meminta permit sebelum sebarang rapat umum, demonstrasi ingin diadakan.

Malah lebih teruk lagi, hak-hak yang tersebut dalam bahagian kedua Perlembagaan Persekutuan ini boleh pula dilanggar secara sah oleh Parlimen menerusi kuasa yang diberi melalui Perkara 149. Aneh bukan?

Telah berkata Justice Abdul Hamid,

“If there arises any real emergency, and that should only be an emergency of the type mentioned in [Art. 150], then and only then should such extraordinary powers be exercised. It is in my opinion unsafe to leave in the hands of Parliament power to suspend constitutional guarantees only by making a recital in the Preamble that conditions in the country are beyond the reach of ordinary law. Ordinary legislative and executive measures are enough to cope with a situation of the type described in [Art. 149]. That article should in my view be omitted. There should be no half-way house between government by ordinary legislation and government by extraordinary legislation …”

Lihat bagaimana beliau telah mampu untuk meramal ke masa hadapan? Apa yang berlaku hari ini? ISA, OSA, PPA. Apa lagi? Semua telah disalah guna untuk merampas hak rakyat bersuara, berhimpun, berpersatuan.

Lebih malang bagi rakyat Malaysia, setelah dibuli oleh Kerajaan, nyata sekali mereka tidak dapat untuk mengadu nasib kepada mahkamah kerana mahkamah Malaysia lebih cenderung untuk menghalalkan undang-undang yang digubal oleh kerajaan. Lihat saja dalam kes Yee Kim Seng contohnya. Mahkamah memutuskan bahawa tugas mahkamah hanyalah untuk menjalankan undang-undang seperti yang terdapat dalam Akta-akta. Samada sesuatu undang-undang itu zalim, menindas, dan sebagainya, bukanlah untuk diputuskan oleh mahkamah. Hairan bukan? Mahkamah yang sepatutnya menjadi pelindung bagi rakyat jelata akhirnya menjadi sekadar alat bagi menindas rakyat jelata.

Sudah banyak berlaku insiden pencabulan hak asasi manusia di Malaysia. Dengan wujudnya pelbagai akta yang kononnya bagi menjamin keselamatan negara, rakyat terus hidup atas belas ihsan kerajaan semata-mata. Hasilnya, rakyat yang takut akan kerajaan, bukan kerajaan yang takut akan rakyat walaupun realitinya, rakyatlah sebenarnya yang memilih kerajaan.

 

Sumber: Kebebasan Yang Terpenjara

Go to Top